Tuesday, November 30, 2010

MUSLIMAH YANG SEJATI 9 : DUA, TIGA ATAU EMPAT???

“ Eh Fateh, Ane Adiah Teacher?..Ow Wat Birthday Party Tak Ajak...”

“Ade Lagi La Teacher, Kat Dalam..Banyak Lagi”

“Mal, Turun Bawah Mal, Temankan Aku Makan Jap”

Kak Anis Pown Jointed Skali...Aku Baru Je Balik Dari MPH Bookstore Subang Parade Tadi,Wakilkan Ustaz Untuk Program Anak Yatim...Padahal Da Minum Petang Kat Sana, Tapi Saje Ah...Rezeki An..Watpe Nak Tolak...Sambil Makan Sambil2 La Borak2...Yang Ade Sama Saat Tu...Aku, Mal, Kak Anis n Kak Hanis-Pekerja Kak Anis.

Aku Tanyakan Kak Anis Sal Pekerja Baru Dia-Nurul Yang Dah Hampir Seminggu Tak Nampak..Dah Benti Ke Dia, Sakit Ke Dia...Kak Anis Citer..Mal Da Tau..Aku Je Lambat..Itu Biasa..Ape2 Brita Pown Aku Yang Paling Last Skali Tau...Sebab Bila Da Sampai Kat Aku..Owang Lain Takkan Tau Dah..Citer Tu Tak Berkembang...

Tapi Ader Satu Part Best Yang Aku Ske Saat Tu...

“Kak (Anis), Pasni Akak Amik Je Pekerja Daripada Jordan ke Mesir Ke, Yang Islamic Sket, Takdela Dorang Nak Wat Hal Sangat”

“Ko Nak Tau Nis (Hanis), Dulu Ustaz Pown Penah Amik Pekerja Dari Jordan, Pakai Purdah, Aurat Tutup Habis, Tapi Tak Sampai Sebulan Keje Dah Wat Hal, Canang2 Kan Ngan Sume Orang Yang Ustaz Ajak Dia Kawin, Ustaz Dah Pegi Rumah Dah Pown Kat Kelantan, Cakap Ngan Sume Orang Yang Ustaz Layan Dia Lebih Dari Orang Lain”-Atas Beberapa Kebetulan Yang Berlaku La, Yang Boleh Wat Mana2 Perempuan Mungkin Akan ‘Perasan’ Yang Lelaki Di Maksudkan Tu Syok Ngan Dia...

“Akak Kan, Kalau Betollah Ustaz Tu Nak Kawin, Dengan Pompuan Macam Tu Pulak Tu, Akak Gelak Je, Pompuan Getik Camtu, Akak Tak Marah, Akak Kesian Ngan Ustaz...”

Aku Terfikir....

Maksudnya...Bukan Semua Perempuan Tak Sanggup Berkongsi Kasih, Tapi Biarlah Pengorbanan Dorang Tu Berbaloi...Betol Sangat2 La Bila Dikatakan Kalau Sorang Perempuan Tu Dah Sayang, Sayangnya Cuma Satu..Dan Kalau Dia Membenci Juga, Bencinya Cuma Satu Dan Amat Sangat...

Wanita Secara Lumrahnya Penuh Dengan Kasih Sayang (Secara Umumnya La, Jangan Compare Ngan Pompuan2 Urban Skang), Dalam Kes Suami Nak Tambah Cawangan, Kadang2 Bukan Isteri Tak Nak Lepaskan Orang Yang Tersayang, Tetapi Disebabkan Oleh Kerana Sayang Yang Mendalam Itulah Isteri Tak Nak Suaminya Tersalah Pilih, Tak Nak Suaminya Tak Bahagia, Tak Nak Suaminya Menderita, Sampaikan Suami Nak ‘Bersama’ Dengan Yang Lain Pown Isteri Masih Lagi Nak Jaga, Nak Ambil Tahu, Nak Pastikan Yang Suaminya Hanya Dapat Yang Terbaik Lebih Baik Dari Dirinya, Bukan Sebaliknya.

Sebagai Isteri, Sedikit Sebanyak Pasti Memahami Keperluan, Kehendak, Kesukaan Dan Kebencian Suami, Andai Suami Memilih Seseorang Yang Lain, Dengan Niat Sebagai Menampung Kekurangan Yang Ada Pada Isterinya, Isteri Pasti Izin Dan Redho, Tetapi Seandainya Pilihan Yang Dikatakan Adalah Untuk Menampung Kekurangan Pada Diri Isteri Tu, Dilihat Dari Sisi Isteri Akan Merosakkan Suaminya Pastinya Isteri Akan Menghalang.

Pada Aku Ade Beberapa Faktor Yang Menghalang Isteri Dari Membenarkan Suaminya Menjadi Hak Yang Lain (Sekadar Fikiran Aku, Sebab Aku Pown Bukan Seorang Isteri).

1. Cemburu
2. Tak Sesuai
3. Takut Kehilangan / Di Abaikan / Disisihkan
4. Tak Tahan Dengan Cakap2 Orang
5. Sunyi
6. Anak2 Terpaksa Berkorban Sama
7. Malam Jumaat Tak Boleh Tidow
8. Takut Bertambahnya Masalah
9. Mungkin Jadi Jabatan Kebajikan
10. Mungkin Tersenarai Dalam List Penerima Bantuan Bersamamu

Bagi Aku Sendiri, Takde Yang Mustahil..Andainya Aku Tergolong Dalam Golongan Yang Di Pilih Allah S.W.T Untuk Mendapat ‘Payung Emas’ Aku Redho, Mungkin Itu Lebih Baik Untuk Aku, Bagi Aku Biarlah Aku Kehilangan Dia Seminggu 3 Hari Daripada Aku Kehilangan Dia Terus, Suami Bukan Milik Aku, Dia Milik Allah S.W.T...Mungkin Lebih Baik Allah S.W.T Memberikannya Pada Yang Lain Untuk Menyambung Tugas Aku Dengan Lebih Baik, Melihat Dia Bahagia Dan Dalam Masa Yang Sama Aku Masih Lagi Punya Teman Untuk Bercerita & Berkongsi Rasa, Mendengar Suaranya, Ketawanya, Keluhannya...Daripada Sekiranya Allah S.W.T Mengambil Haknya Kembali, Dan Untuk Aku Bercerita & Berkongsi Rasa Cuma Di Pusara...Mana Yang Akan Aku Pilih???



“Tak Yah La Nak Stress Sangat”

Kediaman Rasmi Seksyen 7 Shah Alam

01hb Disember 2010

Monday, November 15, 2010

KEKASIH YANG DIHORMATI 13 : UJIAN ALLAH ITU ADIL...

“ Esok Kitorang Ade Program Kebajikan Usroh, Awak Nak Ikut Tak?”

“ Kat Mana?”

“Batu 3...”

“Sti La Nak...Hehe”

*********************

Kelas Bahasa Arab Bermula n Berakhir Seperti Biasa, Cuma Minggu Ney Aku Lebeh Bersemangat, Ceria n Lebeh Faham, Kelas Pown Dah Makin Menarik. Pembelajaran Aku Semakin Ok Bila Ader Student Baru Yang Lebeh Kurang Sebaya Dengan Aku-Perempuan...Mean..Dah Ade Kawan La....Hehe

Tamat Je Kelas Bahasa Arab Aritu Aku Terus Mintak Izin Aliff Untuk Terus Balik..Sepanjang Kelas Tadi Perot Aku Tak Bape Selesa, Aku Tunggu Jugak Sampai Kelas Tamat, Supaya Dapat “Simpan” Kat Umah, Lebeh Aman.

**********************

“Hello”

“Hello Wak, Diorang Dah Nak Sampai, Elok La Awak Pown Gerak Skang”

Dah Hampir Jam 2.30 P.M, Memang Masa Tu Aku Dah Siap2 Nak Keluar, Tunggu Green Light Daripada Aliff Jea, Dorang Janji Nak Jumpa Jam 2.00 P.M So Aku Stand By Awal, Tak Nak Dorang Tertunggu2...

**********************

Jam 2.40 Pm

Gedebuk!!!

Aku, Aliff, n Pullah Toleh Belakang...Masyallah Keta Azim Terlanggar Motosikal Anak Ketua Kampung...Bikin Kelam Kabut Jea..Aku Da Cuak..Permulaan Ekspedisi Yang Kurang Baik..Nasib Budak Pompuan Tu Takde Pape...Lega...

"Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam, Masuk La”

Aliff Dah Bagitaw Awal2 Dah Kat Ketua Kampung Tentang Aktiviti Kebajikan Group Usroh Diorang Ney, n Untuk Kali Ney Ader 4 Buah Rumah Dipilih Yang Layak Menerima Sumbangan Dorang. Rumah Pertama Yang Terpilih Salah Satunya Adalah Rumah Ketua Kampung Itu Sendiri (Ketua Kampong Pown Kena Bagi Bantuan? Setahu Aku, Ketua Kampong Yang Biasanya Bagi Bantuan)

Rumah Pertama

Isteri Ketua Kampong, Mengidap Penyakit Kencing Manis, Kaki Kiri (Hingga Lutut) Telah Selamat Dipotong, Skang Tinggal Kaki Kanan Yang Dah Berbalut Sampai Buku Lali (Yang Berbalut Tu Dah Buruk-Tak Lama Lagi Akan Mengikut Jejak Kaki Kiri-Dipotong Jugak)


Rumah Kedua

Rumah Ney Hasil Maklumat Daripada Ketua Kampong, Takde Appointment, Terjah Jea..Rumah Ibu Tunggal Dengan 3 Anak...Masa Kitorang Pegi Tuan Rumah Takde, Cuma Ader Tiga Orang Anak Perempuannya Yang Ditinggalkan Sendirian Sementara Ibunya Balik Kerja...Agak Merbahaya La, Boleh Kena Culik Tu, Bukan Ade Yang Tau Pown...Harap2 Dorang Selamat La...Kitorang Still Bagi Jugak Sumbangan Tu Kat Anak2 Dia...


Rumah Ketiga

Yang Ney Agak Menarik Sket, Terjah Jugak, Tapi Alhamdulillah Ader Orang Kat Umah Tu, Sorang Ibu Tunggal Yang Dah 25 Tahun Kematian Suami, Dengan 10 Orang Anak. Tapi Dah Besar2 Sume Dah,2 Orang Dah Meninggal 4 Dah Berkahwin n Lagi 4 Sedang Bekerja. Masa Kitorang Pegi Cuma Tinggal Dia Dengan 3 Orang Cucunya Yang Tengah Tidow.

Makcik Tu Bahasakan Dirinya Sebagai Mama, Peramah Dan Agak Banyak Cakapla...Tapi Bagus Jugak, Wat Kitorang Ase Tak Janggal n Selesa..Panjang Dia Bercerita Sejarah Hidup Dia Dari Kematian Suami Sampaila Dia Boleh Menetap Kat Kampung Batu 3 Ney.

Rumah Keempat

Destinasi Terakhir, Rumah Ney Pown Takde Tuan, Kitorang Tunggu Jugak Kejap, Group2 Usroh Aliff Boleh Plak Pose Tyme Tu...Ngalahkan Artis Tengah Wat Dokumentari Bersamamu...Ase Puas Maybe Dapat Membantu.

Usai Sumer, Kitorang Solat Asar Di Masjid Fastabiqul Khairat, Batu Tiga.

Group Usroh Aliff Tak Habis2 Bercakap Mengenai Pengalaman Yang Dilalui Tadi, Sinar Kepuasan Terukir Di Wajah Masing2....



Alhamdulillah...Selesai Suda...


“ Srikandi Cinta Mu ”

Seksyen 7 – Batu 3, Shah Alam

13hb November 2010 (Sabtu)

MUSLIMAH YANG SEJATI 8 : TAHNIAH...!!!

“ Besok Awak Gi Hospital Ngan Saya Yea”

“Urm Boleh” Aku Senyum Menjawab Ajakan Ustaz...
(Sebab Aku Dah Tau Dah...Mesti Aku Akan Terlibat Sama)

*********************
Jam 10.30 A.M Kitorang-Aku, Ustaz n Little Gurl Bertolak Ke GIMC, Little Gurl Ade Appointment Ngan Doktor Hari Ney Selepas Discharge Dua Minggu Lepas. Nak Amik Ubat Baru.

Jam 11.20 A.M

“Awak Tolong Parkir Keta, Saya Bawa Syiqin Masuk Dulu, Nanti Awak Datang Tingkat 1 Bilik No 109”

(Semangat Ustaz Inform Aku,Aku Tau Lah... Kan Aku Yang Arrange Mula2 Dulu)

“Jangan Lupa Amik Amik Kamera Saya Kat Belakang”

“K”

Masa Aku Masuk, Ustaz Tengah Arrange Time Ngan Doktor, Bab Dah Lambat 20 Minit.

Aku Snap Beberapa Gambar Ustaz Ngan Little Gurl...Ustaz Nak Masukkan Dalam Blog, Aku Plak Memang Ske Snap Candid, So Ustaz Tak Suruh Pown Aku Click..Click..Click...

Jam 1.00 P.M

“Saya Bawak Syiqin Gi Makan Kejap, Awak Tunggu Ubat”

“Yea Lah Ustaz”

Memang Aser Sangat Lapa, Tak Sempat Sarap Pagi Tadi..Aku Kunyah Cadbury Sorang2....

********************

“Eh En. Zizi Dari Mana?”

“Saya Ade Urusan Di Bangsar Tadi, Ustaz Soh Datang Sini. Ade Benda Nak Bincang”

“Makan La, Amik Duit Gi Bli Makan”

‘Takpela Ustaz, Farah Dah Janji Ngan Mal, Nak Makan Sama, Mal Tunggu Farah Kat Opis”

“Jap Gi Awak Bawak Keta Saya Balik, Anta Kan La Terus Syiqin Kat Umah Ustazah, Saya Gi Solat Jumaat Ngan En. Zizi”

“Ok”

****************

‘Mal, Ko Dah Makan Belum?"

“Aku Tunggu Ko La”

‘Em K, Jap, Aku Wat Keje Sket, Then Kita Turun Makan”

“Farah, Aku Dah Check”

“Ha?”

“Aku Dah Check

Abang Helmee Tak Cakap Pape, Just Tengok Aku Kejap, Tengok Mal Kejap

“Aku Dah Check...Aku Dapat”

“Ha???????Neng..Neng..Neng..Ke?”

“Ha a....”

“Eh Check Kan Tuk Aku Sama”

.............................

..................

...........

......

“Ko Dapat Jugak...Jap Aku Print Kan”

Aku Baca Surat Yang Di Print Mal

... TAHNIAH, ANDA BERJAYA UNTUK MENGHADIRI MTEST BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA...............

Kitorang Dapat Tawaran KPLI...

Tak Sangka...Ni Percubaan Aku Yang Pertama Bagi Jawatan Sebagai Guru.
Sebelum2 Ney Aku Cuma Dengar Cite Kengkawan Yang Dah Pena Mintak, Dalam Ramai2 Tu Cuma Sorang Dua Je Yang Dapat Panggilan Mtest, Aku Pulak Cuma Saja2 Apply, Tak Sangka Layak Pulak.

....................

..........

“hello wak, malam ney pas usroh saya nak jumpa awak kejap. Ader sumnthing nak bagitau”

“ok”

*****************

“Saya Dapat Ney”

Aliff Baca, Kengkawan Aliff Pown Baca...Dorang Cadangkan Aku Tima, n Cuba Pegi Mtest Tu Tengok, Aner Tau Ader Rezeki Kat Sana...Dapat Goverment...Kan Sume Orang Nak Sangat Keje Ngan Government...

Aliff Bagi Aku Doa...

Hafal....

Supaya Aku Tenang n Boleh Jawab Dengan Baik Besok.....

InsyaAllah............





“ Tak Yah La Nak Stress Sangat”

Shah Alam – GIMC Kuala Lumpur

12hb November 2010 (Jumaat)

Wednesday, November 10, 2010

ULAR

Noni Adalah Seorang Executive Disebuah Syarikat Pembekal Barangan Komputer Di Shah Alam. Baru Bekerja Tak Sampai Setahun Tapi Popularitinya Cukup Hebat, Cam Super Star Lak Kat Kilangnyer Tuh...Bukan Sebab Dia Cantik...Bukan Sebab Body Baeekkk...Tapi Sebab Dia Seorang Yg Cukup Ceria...Disenangi Oleh Semua Orang... Noni Nih Kerjanya Byk Terbabit Dengan Aktiviti Luar...Jumpa Org Sana...Jumpa Org Sini (Kononnyer Ler)...So Memang Jarang La Ade Kat Opis....Kalau Tengok Punch Card Banyak Kosong Dari Berisi...Tapi Org Tak Cakap Apa...Sebab Dia Kan Banyak Kerja Luar...Memang 'Nature' Kerja Dia Cam Tuh..

Satu Hari Tengah Sedap Si Noni Mentekedarah Kat Luar (Time Keje)...Dia Rasa Gatal-Gatal Kat Lengan...Garu...Pas Tu Gatal Kat Paha Lak...Garu Lagi...Sudah Nyer Satu Badan Naik Gatal-Gatal. Mula Nyer Dia Ingatkan Elergik Ngan Makanan Tapi Sampai 3-4 Hari Gatalnyer Tuh Makin Menjadi-Jadi..Beberapa Bahagian Kulitnyer Dah Menebal...Semacam Kurap Dah Rupenyer... Si Noni Mula Menggelabah...Dengan Bantuan Beberapa Member, Si Noni Di Bawa Berjumpa Dengan Sorang Pawang Kat Ulu Puchong...Time Tuh Separuh Kaki Die Dah Tumbuh Sisik...Sepanjang Perjalanan Ke Rumah Pawang Tu Si Noni Menangis Tak Henti-Henti...Sampai Kat Rumah Pawang... Noni Dah Tah Boleh Berjalan...Sampai Ke Dada Dah Bersisik...Tinggal Buah Dada Jer Yg Masih Selamat...

Tanpa Berlengah Pawang Terus Menggelupur Membaca Mentera...Cuba Nak Selamatkan Noni Yang Kononnyer Terkena Badi Ular...Makin Kuat Pawang Menggelupur Makin Cepat Bahagian Badan Noni Bertukar Jadik Bersisik Cam Ular..Sudahnyer Sisik Sume Dah Merayap Sampai Ke Muka..Seluruh Tubuh Noni Makin Pedih...Rasa Gatal Yg Teramat Sangat Terasa Bagaikan Tak Dapat Dibendung... Noni Menjerit Sekuat Hati...Pawang Kat Sebelah Dah Pengsan...Cuma Bayangan Ular Yg Memenuhi Ruang Bilik Tersebut...Asap Berkepul-Kepul Keluar Dari Ubun-Ubun Kepala Noni... Tiba -Tiba Satu Imej Manusia Terhasil Daripada Kepulan Asap Yang Keluar Dari Kepala Noni Tuh..

"Ehh...Bos?...Tolong La Saya Bos...Saya Janji Takmo 'Ngulor' Dah...Pas Nih Saya Buat Keje Bebetul...Kalau Bos Nak Sumpah Jadik Ular Pon Sumpah La Org Yg Tengah Baca Cerita Nih...Dia Pon Ngulor Jugak Tuh"...

sumber : zongelak.blogspot.com

Monday, November 8, 2010

KARANGAN TERBAIK UPSR 2007 KARANGAN BUDAK DARJAH 4

Pagi Itu Pagi Minggu. Cuaca Cukup Sejuk Sehingga Mencapai Takat Suhu Beku. Sebab Itu Saya Tidak Mandi Pagi Sebab Air Kolah Jadi Air Batu Dan Air Paip Tidak Mahu Keluar Sebab Beku Di Dalam Batang Paip. Pagi Itu Saya Bersarapan Dengan Keluarga Di Dalam Unggun Api Kerana Tidak Tahan Sejuk. Selepas Itu Emak Saya Mengajak Saya Menemaninya Ke Pasar. Tetapi Saya Tidak Mahu.

Selepas Emak Menikam Perut Saya Berkali-Kali Dengan Garfu Barulah Saya Bersetuju Untuk Mengikutnya. Kami Berjalan Sejauh 120 Kilometer Kerana Pasar Itu Letaknya 128 Kilometer Dari Rumah. Lagi 8 Kilometer Nak Sampai Pasar Saya Ternampak Sebuah Lori Kontena Meluru Dengan Laju Dari Arah Belakang.

Dia Melanggar Emak Saya. Emak Saya Tercampak Ke Dalam Gaung. Dia Menjerit "Adoi!". Lepas Itu Emak Saya Naik Semula Dan Mengejar Lori Tersebut. Saya Pun Turut Berlari Di Belakang Emak Saya Kerana Takut Emak Saya Melanggar Lori Itu Pula. Pemandu Lori Itu Nampak Kami Mengejarnya. Dia Pun Memecut Lebih Laju Iaitu Sama Dengan Kelajuan Cahaya. Kami Pula Terpaksa Mengejar Dengan Lebih Laju Iaitu Sama Dengan Dua Kali Ganda Kelajuan Cahaya. Emak Saya Dapat Menerajang Tayar Depan Lori Itu. Lori Itu Terbabas Dan Melanggar Pembahagi Jalan Lalu Bertembung Dengan Sebuah Feri. Feri Itu Terbelah Dua.

Penumpang Feri Itu Yang Seramai 100 Orang Semuanya Mati. Pemandu Feri Itu Sangat Marah. Dia Pun Bertukar Menjadi Ultraman Dan Memfire Pemandu Lori. Pemandu Lori Menekan Butang Khas Di Dalam Lori Dia..Lori Itu Bertukar Menjadi Robot Transformer. Mereka Bergaduh Di Udara. Emak Saya Tidak Puas Hati. Dia Pun Terus Menyewa Sebuah Helikopter Di Gentinghighlands Dan Terus Ke Tempat Kemalangan. Dia Melanggar Pemandu Feri Yang Telah Bertukar Menjadi Ultraman Itu.

Pemandu Feri Itu Terkejut Dan Terus Bertukar Menjadi Pemandu Feri Semula Lalu Terhempas Ke Jalanraya. Pemandu Feri Itu Pecah. Pemandu Lori Sangat Takut Melihat Kejadian Itu. Dia Meminta Maaf Dari Emak Saya. Dia Menghulurkan Tangan Ingin Bersalam. Tetapi Emak Saya Masih Marah. Dia Menyendengkan Helikopternya Dan Mengerat Tangan Pemandu Lori Itu Dengan Kipas Helikopter. Pemandu Lori Itu Menjerit "Adoi..!" Dan Jatuh Ke Bumi. Emak Say Menghantar Helikopter Itu Ke Genting Highlands. Bila Dia Balik Ke Tempat Kejadian, Dia Terus Memukul Pemandu Lori Itu Dengan Beg Tangannya Sambil Memarahi Pemandu Lori Itu Di Dalam Bahasa Inggeris.

Pemandu Lori Itu Tidak Dapat Menjawab Sebab Emak Saya Cakap Orang Putih. Lalu Pemandu Lori Itu Mati. Tidak Lama Kemudian Kereta Polis Pun Sampai. Dia Membuat Lapuran Ke Ibu Pejabatnya Tentang Kemalangan Ngeri Itu. Semua Anggota Polis Di Pejabat Polis Itu Terperanjat Lalu Mati. Orang Ramai Mengerumuni Tempat Kejadian Kerana Ingin Mengetahui Apa Yang Telah Terjadi. Polis Yang Bertugas Cuba Menyuraikan Orang Ramai Lalu Dia Menjerit Menggunakan Pembesar Suara. Orang Ramai Terperanjat Dan Semuanya Mati.

Selepas Itu Emak Saya Mengajak Saya Ke Pasar Untuk Mengelak Lebih Ramai Lagi Yang Akan Mati. Di Pasar, Emak Saya Menceritakan Kejadian Itu Kepada Penjual Daging. Penjual Daging Dan Peniaga-Peniaga Berhampiran Yang Mendengar Cerita Itu Semuanya Terkejut Dan Mati. Saya Dan Emak Saya Terus Berlari Balik Ke Rumah. Kerana Terlalu Penat Sebaik Saja Sampai Di Rumah Kami Pun Mati. Itulah Kemalangan Yang Paling Ngeri Yang Pernah Saya Lihat Sebelum Saya Mati.

Sumber : Facebook (Saiful Azreen)

Sunday, November 7, 2010

KEKASIH YANG DI HORMATI 12 : BADAK VS CENGKERIK

Hmmh...Aku Tak Bape Ceria Pagi Ni, Semalam Berlalu Dengan Sangat Bosan, Menghabiskan Hujung Minggu Tidow n Makan Je, Otak Aku Jadi Jammed Bila Bangun Pagi Tadi,...Lemah....

******************

Aku Sebut Teragak-Agak...Tumpuan Aku Kurang..Tak Focus Dalam Kelas Pagi Tu...Aku Cuma Focus Kat Guru Yang Mengajar Je, Segak Dia Pagi Ni Ngan Baju Melayu Hijaw Ular Daun...Tu Pown Aku Tengok Lama2 Bila Di Palingkan Muka Tuk Menulis Kat Whiteboard, Nampak Belakang Jea, Bila Nak Explain n Mengadap Kitorang....Aku Tunduk.

10.10 am Kelas Bahasa Arab Tamat..Hari Kedua Aku Balaja Bahasa Arab....Failed Sket..Mamai ...Ntah Ape Yang Aliff Ngaja Aku Dapat Tak Dapat...Otak Merewang Ke Lain..Kejap2 Menguap..Cam Badak Air...Orang Sebut Lain, Aku Sebut Lain...Memalukan Je, Yang Lain Tua2 Pown Cepat Je Pick Up, Aku Yang Muda Ney, Slow Learner Plak...

Kebetulan, Kak Hani – Sedara Aliff Terserempak Ngan Kitorang Masa Nak Pegi Sarapan, So Kitorang Sarapan Ngan Kak Hani La Pagi Tu.

Usai Sarapan Aku Terus Balik, Tengahari Tu Aku Dah Janji Nak Jumpa Hanan - Adik Angkat Aku a.k.a girlfrenz Afam - Kawan Baik Aliff, Kawan BAik Aku Jugak. Aku Sampai Umah Dalam Jam 11.00 am, Aku Siap2 Tunggu Hanan Msg, Tengah2 Tunggu, Member Aku - Faiz Mesej Mintak Tolong Bawak Gi Blikan Tiket Tuk Dia Balik Johor Malam Ni, Serba Salah Lak Aku....Malas Nak Jumpa Bab Aku Dah Ade Temujanji, Gipown Law Aliff Tau Sti Dia Tak Bape Gemar...

Tetibe Faiz Call Cakap Dia Dah Ada Kat Petronas Umah Aku, Aku Pown Kuo La, Malas...Malas....Bawak Gi Seksyen 19, Tiket Train...Nasib Baik Umah Hanan Kat Seksyen 19 Jugak, So Ok La...Aku, Hanan, Faiz...Takde La Ase Bersalah Sangat Bab Bukan Aku Berdua Ngan Faiz.

1.30 pm Aku Dah Sampai Umah..Lega Dapat Balik, Hari Ni Hujung Minggu, Aku Mesej Aliff Cakap Nak Dating, Aliff Ikutkan Jea. 2.30 pm Aliff Datang, Skang Mood Aku Dah Ok, Dah Happy Balik, Ske Aliff Tengok Aku, Dari Petang Semalam Sampai Pagi Tadi Aliff Menyepi Dengan Aku, Membuta....Bila Dapat Jumpa Petang Ni, Alamak!!!!Rinduuuuunyeeeeerr........

******************

Hujan Renyai2...Takde Tujuan Lagi Nak Gi Mana...Lepak Mall? Lepak Tasik? Pusing2....Dah Masuk K.L, Ampang....Taman Melawati, Zoo Negara...Aaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggghh!!!!Zoo Negara???? Nak Tengok Badak Air.!!!!!

“ Nak Masuk?”

“Eh, Stila Nak”..

Tak Sangka Dah Sampai Zoo...Da Sebulan Aku Suarakan Hasrat Kat Aliff Nak Datang Zoo..Sebelum Aliff Gi Medan Lagi...Aku Nak Tengok Badak Air Menguap......

Cuaca Mendung, Aku Isaw Hujan, Aku Ok..Aliff Tak Tahan..Nanti Sakit Kepala, Tapi Dah Sampai Sejauh Ni, Stila Aku Teruja Nak Masuk Jugak2...

“Click” “Click” “Click”.....Kumpul Bukti....

Sumer Kawasan Kitorang Tawaf...Jalan Kaki Agak Penatla, Bab Zoo Tu Sangat Besar, Tapi Lebih Puas, Bab Boleh Benti Mana2 Nak n Lama2...Cian Tengok Aliff..Dia Ikut Jea..Skali Skala Aku Paksa Dia Pose...

“Nanti Awak Boleh Tuliskan Dalam Blog Awak, Pengalaman Awak Kat Sini Dengan Bukti Skali”

Sumer Binatang Yang Buruk2 Kat Situ Aku Samakan Ngan Aliff...Menyirap Dia...

Tapi Aliff Lagi Takde Tatabahasa...Aliff Cakap Antara Badak Air Ngan Aku, Tak Boleh Nak Beza....

Dah Hujung2 Asar, Kitorang Dah Nak Gerak Balik...Aku Tengok Aliff....
Melihat Senyuman Aku Yang Tak Putus2...Aku Tau Aliff Puas......

*************

“ Saya Tingin Nak Lepak Pantai”

“Nak Pegi Pantai Plak?”

Aku Angguk...Mengharapkan Aliff Setuju.... (Aku Tau Dia Akan Setuju)..Hehehe..

“Nak Gi Mana?”

“Morib’

“Jao Tu”

“Ader Cadangan Lain?”

“Tempat Yang Saya Pegi Ngan Bebudak Usroh Aritu Boleh?, Remis....”

Aku Angguk....Senyum Lagi.....Kali Ni Lebih Lebar......

Lebih Kurang Jam 8.40 Pm Kitorang Sampai Remis, Solat Maghrib Di Meru Dalam Perjalanan Tadi.

Sedap Angin Malam Ni, Kuat, Nak Hujan Asernyer, Bintang Pown Takde....

Hampir Tengah Malam Afam Datang, Ada Masalah Katanya, Masalah Berkaitan Buah Hati Kesayangan Dia-Hanan....Aku Ngan Aliff Layankan....Cian Bila Di Uji Dengan Cinta, Andainya Itu Kelemahan Kita..Ya Allah..Sakitnyaaa......

Afam......,

Farah Dan Aliff Harapkan Afam Dengar Pendapat Dan Pandangan Dari Kami Sebagai Orang Yang Hanya Mendengar, Tapi Bagi Afam Yang Melalui, Ketahuilah Apa Yang Terbaik Dalam Hidup Dan Masa Depan Kamu...Usaha Untuk Baiki Hubungan Dan Dapatkan Isteri Juga Ibu Terbaik Untuk Anak2 Yang Kamu Idam2kan...Masanya Untuk Kamu Lakukan Sesuatu Demi Diri Sendiri, Ujilah Dia Untuk Meraih Cintamu Kembali, Janganlah Menguji Untuk Membuka Jalan Supaya Dia Pergi Meninggalkan Kamu....Andai Itu Berjaya Kamu Lakukan, Nescaya, Pasti Keputusan Terbaik Akan Kamu Raih....

Doa Kami, Hanya Yang Terbaik Buat Kamu....

...............

Buat Kekasih Hati Ku...
Mohd Aliff Abd Ghani......

Terima Kasih Kerana Sentiasa Membuka Jalan Untuk Membuat Aku Gembira......

Aku Senang Setiap Kali Berada Di Samping Kamu....



"Srikandi Cinta Mu"

07hb November 2010

Shah Alam – Zoo Negara – Pantai Remis

Friday, November 5, 2010

KEKASIH YANG DIHORMATI 11 : RED....( RETIRED EXTREMELY DANGEROUS)

“ Assalamualaikum Wak”

“Waalaikumussalam”

“Saya Baru Sampai Rumah, Wak.. Sok Saya Kena Keje, Ustaz Tak Kasi Cuti..Bab Nak Setelkan Akaun Kewangan Darul Ukhwah”

“Lah, Ciannyanye Awak”

“Hmmh, Saya Ingat Malam Ni Nak Hang Out Jap, Tengok Muvie Ke Ape Ke, Aser Tak Bape Slesa La Nak Lepak Umah”

“Law Camtu Kul 9 Nanti Saya Datang Ambik”...

“Ok”...

Tudung Aku Tanggalkan, Ase Sedikit Penat, Lewat Lagi Aku Balik Arini, Hampir 7.30 Malam... Aku Lepak Depan Tb, Join Bebudak Umah Tengok Slot Akasia - Chinta...Bebudak Umah Aku Memang Fanatik Cite Ni, Aku Pown..Tapi Da Slalu Sangat Balik Keje Lewat, n Dah Bape Episode Aku Missed..Aku Jadi Malas Da Nak Layan..Ikut Mood Je Law Nak Tengok Pown...

**************

Summit Usj.....

“Nak Tengok Citer Ape Wak...”

“Terpulang La..Tak Kesah”...

Takpe...Biar Aku Fikir... Fikir... n Fikir Lagi...

Aku Nak Tgk Citer ADELE : RISE OF THE MUMMY Tapi Citernya Da Start Masa Kitorang Sampai, Aku Fikir Lagi..

Citer UNSTOPPABLE ...... Tapi Lewat Sangat Jam 12.40 Baru Start.

Then Aku Decide.. Tengok Citer RED...Jam 10.00 P.m.- Cite Ni Mengisahkan Tentang Ajen2 CIA Yang Dah Bersara, Tapi Akibat Daripada Satu Misi Khas, Mereka Ni Terpaksa Dibunuh. Nama Pown Ajen CIA, Stila Cekap, Cool, Terer Lagi Bergaya Kan... Watak Hero Pulak, Dah Tentu2 La Kacak... Peh!!!Citer Ni Memang Gempak Abiz, Paling Bez Abad Ney, Memang Slumber Giler n Macho Abiz, Solute Spring La Kat Retired2 CIA Tu...Memang Tak Rugi Tengok.. (Teremosi Lak Aku)....Lupa Kejap Stress Sal Kena Keje Besok.

************

On The Way Balik Shah Alam Aku Ngomel2 Lagi, Aliff Pown Ske Citer Tu...Dia Pown Sebok Je Bercerita, Kadang2 Weird Kan, Kalaw Dua2 Dah Tengok Cite Yang Sama, Kenapa Nak Cakap Lagi Sal Muvie Tu, Kan Memang Dua2 Dah Tau... Fikir... Fikir...Tu Lah..Teruja Sangat La Katakan...Haha

Part Tak Best....

Aliff Ader Tanyakan Aku Tentang Sesuatu, Aku Ni Kategori Lurus Bendul Kadang2, Dah Dia Tanya, Aku Pown Jawabla..Bukan Jawab Lagidah..Da Jadi Cam Cerpen Pendek Da Jawapan Aku Tu..Tetibe Aku Prasan Aliff Diam Je..Aku Da Cuak, Aku Dah Aser Yang Aku Maybe Tersalah Cakap Yang Tak Perlu2..Aku Takde Idea Nak Counter Balik...Aku Pown Diam Jugakla...

Diam.....

Diam....

Sunyi.......

Petronas Batu 3..Aliff Parkir Kereta Di Suatu Sudut Jalan...Aku Masih Lagi Diam..Aliff Pown...

...................
...........
.......
.....
..
.

“Nape Diam?”

“Awak Diam”

“Saya Ader Tersalah Cakap Ke Tadi?, Ader Yang Wat Awak Tersinggung Ke? Tak Suka Ke? Emm?”

(Lah..Aku Ingat Aku Yang Wat Dia Tersinggung, Dia Tanya Aku Plak).....

“Saya Mintak Maaf La Law Buat Awak Terasa Ati Ngan Ape Yang Saya Cakap Tadi...”

.. Aku Tunduk Mengadap Lutut, Gentel2 Tali Handbeg...Tunggu Aliff Abiskan Ayat2 Dia.....

“..Memang Saya Tak Bape Suka Dengan Ape Yang Awak Cakap Tadi, Awak Pown Paham Kan, Law Saya Cakap Benda Yang Sama Dah Tentu2 Awak Berangin..Macam Dulu....”

Aku Tak Cakap Pape...Still Gentel2 Tali Handbeg...Orang Bersalah Kan..Camtulah

Sesi Kaunseling........

Selesai......

.....

***********

Hari Ni Cuti Umum..So Semalam, Kedai Makan, Restoran, Kopitiam, Kedai Tomyam Sumer Full Ngan Manusia... Tawaf Satu Shah Alam Ni Nak Cari Kedai Yang Sunyi Sket, Law Bising2, Nak Cakap Kang Kena Pekik2...Tak Manis Lak Orang Perempuan Wat Prangai Camtu..Ehek..Ehek...

Lastly, Aku Wat Keputusan Nak Makan Beger Malaysia...Da Lama Giler Tak Makan...Teruja Bila Nampak Stall Beger Kat Seksyen 2 Semalam....Pelahap La Ape Lagi...300 Kalori...Slumber....

Semalam Berlalu Dengan Baik....
Untung Punyai Pasangan Seperti Mohd Aliff Abdul Ghani...
Aku Bertuah Miliki Lelaki Ini....

Ada Apa Dengan Cinta....

Tetibe Tingin Nak Makan Strawberry......



" Srikandi Cinta Mu "

04hb November 2010

Shah Alam – Summit Usj

Wednesday, November 3, 2010

MUSLIMAH YANG SEJATI 7 : CERITA LITTLE GURL LAGI....

“Farah, Kejap Lagi Awak Wakilkan Saya Ke Hospital Ya”... “ Eh Tak Boleh Ustaz, Kena Wakilkan Orang Yang Ade Jawatan Dalam Al-Ijabah, Sebab Nak Kena Sign Surat Kebenaran, Farah Tak Boleh Sign”.... .... .... .... Ustaz Kol Semula, “Saya Dak Bagitau Ustazah Asmah, Nanti Awak Ikut Skali, Kul 8 Tunggu Kat Umah Ustazah, Bawak Baju Salin Skali’.. “Em Asenye Little Gurl Tak Kena Tahan Lagi Kot Arini Ustaz” “O Ok, Takpelah, Japgi Awak Pegi Umah Ustazah” “K”...

Aku Seakan Menjerit, Suara Aku Serak, Baru Bukak Mata, Walaupun Wuduk Sudah Ku Ambik, Tapi Badan Aku Terasa Panas, Geram!!! Aku Bangun Untuk Tunaikan Solat Subuh. Mata Aku Berair, Menahan Geram...Lepas Aku Tanggalkan Telekung, Aku Mendengus, Kuat!!!

Wawa Masuk Bilik, “Nape?” “Kena Gi Spital Lagi, Malasla!!, Suara Aku Tegang, “Balik2 Aku Jugak Yang Kena, Padahal Aku Fikir, Itu Bukan Keje Aku”..Aku Tak Penah Setegang Itu Depan Wawa Atau Dengan Mana2 Budak Umah Aku Yang Lain...Tapi Pagi Tu, Aku Terasa Geram, Tak Puas Hati..Dalam Marah, Aku Ambik Pakaian Aku, Aku Campak Ke Lantai...Iron....

Muka Aku Muka Tak Puas Hati..Wawa Duduk Atas Katil..Menghadap Aku.. “Kak Farah, Kalaula Pahala Tu Kita Boleh Nampak, Mesti Kita Nak Tangkap ‘Dia’ Kak”....Sentap!!!. Wawa Keluar, Aku Beristiqhfar...Kenapa Aku Nak Rosakkan Mood Pagi Aku...Aku Terkesan Dengan Nasihat Wawa..Aku Betolkan Balik Niat, Walaupun Terasa Ada Sedikit Luka... Kalau Aku Mulakan Dengan Sakit Hati, Habisla Hari Aku Hari Ni Seharian.. “Mal, Rini Awal Sket, Aku Kena Ada Kat Usj Kul 8, Aku Kena Pegi Hospital Lagi”.. “K”.

*************

“Farah Dah Sarapan?, Makanla Roti Tu, Kitorang Tak Sempat Nak Masak Sarapan, Beli Je”.. “Takpe, Farah Dah Sarapan Sebelum Nak Datang Tadi”... Lama Tunggu...Dari Kul 8 Beranjak Ke Jam 9..Jam 10....10.30...Aku Bukak Mp3, Layan Lagu Sorang2 Kat Ruang Tamu Rumah Ustazah...Jam 10.40 Teksi Yang Dijanjikan Sampai...

Ustazah Dah Bunyik, Aku Diam Je...Miscommunication..Kitorang Janji Kul8 Nak Gerak Sebab Temujanji Jam 10, Tapi Samiha Bagitau Dreba Teksi Tu..Lewat Sket Pown Takpe, Dalam Kul11 Camtu...Cian..Kat Aku, Ustazah, Ngan Dreba Tu Skali...Aku, Punyala Taksub Datang Awal, Ustazah Kelam Kabut Siapkan Keje...Dreba Teksi Lak, Tak Pasal2 Kena Sound Ngan Ustazah...

*************

Aku Bawak Ustazah Jumpa Doktor, Tengok Gaya Cam Nak Marah, Tapi Ustazah Dah Explained Kenapa Kitorang Lambat..Setel...Aku Tunggu Kat Luar, Ustazah Ikut Little Gurl Jumpa Doktor. Setengah Jam Kendian Dorang Keluar, Kena Bawa Gi Wing Kanan Lak, Nak X-Ray Then Terus Register Wad. Aku Uruskan...

Jam 1.30 Little Gurl Dapat Masuk Wad, Jam 2.00 Temujanji Untuk Proses Memasukkan Tiub Kat Peha Little Gurl..Aku Yang Aser Berdebar...Lega Sebab GIMC Langsung Takder Bau Ubat..Kalau Tak, For Sure Aku Lagi Nervous...Little Gurl Still Dengan Stail Dia...Cool..Rilex Je...

Masa Hantar Little Gurl Masuk Bilik Operation Kecil Tu, Jantung Aku Dup Dap Dup Dap...Macam Aku Yang Nak Kena..Aku Tangok Mesin2 Kat Dalam Bilik Tu, Seramnya..Terfikir Macam Mana Aku Nak Bersalin Nanti...Aaaa..Tak Nak Fikir!!!..Aku Tengok Little Gurl..Dia Senyum...”Kuat K, Nak Sehat Kan?” Dia Angguk... Ntah, Aku Tak Tau Nak Cakap Ape..Itu Je Keluar Dari Mulut Aku...

Kitorang Tinggalkan Little Gurl Dalam Bilik Tu, Pegi Makan, Lapa Sangat, Sian Little Gurl, Sure Dia Lapa Jugak..Tapi Dia Terpaksa Puasa Sebab Nak Masukkan Ubat Bius..Masa Makan Ngan Ustazah, Senyap Je, Aku Tak Tau Nak Sembang Ape, Ustazah Pown Tak Cakap Pape..Pas Makan, Ustazah Balik Usj...Aku Pulak Ke Surau...

Jam4.30 Aku Masuk Wad, Aku Tengok Little Gurl Dah Ader Atas Katil, Sedang Tengok Tb.. “Kak, Tengok Citer Ni Kak, Klakar.Hehehe”..Bleh Plak Dia Gelak2 Ajak Aku Tengok Tb...Tak Sakit Ke Operate Tadi... “Kalau Kat Asrama Kitorang Takleh Tengok Tb, Law Nak Tengok Pown Kena Curi2.” “Bistu Aner Tau Citer Ni?” “Kitorang Curi2 Tengokla, Cite Ni Bes Kak”..Aku Join Dia, Aku Tak Suka Tengok Tb, Tak Sampai Sminit Aku Terlelap...Tb Ni memang 'Ubat Tidow' terbaik Aku...

Jam 5.24 Aku Terjaga, Sminit Pastu Ustazah Dengan Kakak Little Gurl Sampai, Aku Temankan Setakat Waktu Keje Aku Je, Pas Bis Waktu Keje Aku Nak Balikla...Aku Anggap Tu As A Duty...Aku Wat Ape Yang Disuruh,,.Uruskan Ape Yang Sepatutnya...Kakak Dia Gantikan Aku, Tido Kat Spital..Aku Balik Ngan Ustazah...

Kalaula Pahala Tu Kita Boleh Nampak.....




“ Tak Yah La Nak Stress Sangat”

28hb Oktober 2010

Shah Alam-Gleneagles Intan, Medical Centre

Tuesday, November 2, 2010

BIODATA LITTLE GURL

Nama : NURASIQIN BINTI MOHD SUHAIMI
Tarikh Lahir : 27 MAC 1999
No K/P / Surat Beranak : AJ 99537
Umur : 11 TAHUN
Alamat (Tetap) : BT 15 PARIT KALONG GANTONG, 83200 SENGGARANG, JOHOR
(Terkini) : NO 1 UJD 4/9D SUBANG JAYA, SELANGOR
Tempat Lahir : HOSPITAL BATU PAHAT, JOHOR
Jantina : PEREMPUAN
Agama : ISLAM
Keturunan : MELAYU
Warganegara : MALAYSIA
Nama Bapa : MOHD SUHAIMI BIN ABD RAHIM
No K/P : 620813-01-5339
Nama Ibu : JUMAINI
No K/P : E 601745
Bilangan Adik Beradik : 4 (SEORANG LELAKI, 3 PEREMPUAN)
Anak Ke : 4
Orang Yang Boleh Dihubungi : USTAZAH ASMAH (013 6360115)


SINOPSIS

Nurasiqin berasal dari Senggarang, Batu Pahat, Johor. Nurasiqin merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Nurasiqin mempunyai seorang abang berumur 18 tahun yang tinggal bersama atuk saudara di Senggarang Batu Pahat, dan masih lagi menuntut di salah sebuah kolej di sana.

Nurasiqin bersama dua lagi kakaknya tinggal di rumah Al Hafiz Yayasan Al Ijabah di bawah kelolaan Ustaz Muhamad Bin Abdullah di USJ 4 Subang Jaya. Kedua kakaknya masing-masing berumur 16 dan 14 tahun dan bersekolah di Maahad Sains Al-Quran Al Amin, Bandar Sunway.

Nurasiqin kehilangan bapa pada usia 10 tahun kerana masalah kegagalan buah pinggang dan kencing manis. Manakala ibunya juga turut dijemput Ilahi pada awal Januari 2010 akibat penyakit jantung. Kemudian Nurasiqin dan dua kakaknya dirujuk kepada Ustaz Muhamad untuk ditempatkan di Rumah Anak Yatim Yayasan Al-Ijabah pada Mei 2010.

Selama Nurasiqin berada dibawah jagaan Yayasan Al-Ijabah, Nurasiqin bersifat seperti kanak-kanak yang sihat. Namun pada pertengahan Julai 2010 Nurasiqin kerap pengsan dan sesak nafas apabila berada dalam lingkungan sesak dan panas. Penjaganya, Ustazah Asmah hanya merujuk Nurasiqin ke klinik berdekatan setiap kali Nurasiqin pengsan atau lemah-lemah badan.

Apabila semakin kerap Nurasiqin pengsan dan sesak nafas, Ustazah Asmah membawanya untuk rawatan lanjut, dan didapati Nurasiqin mengalami masalah lemah di bahagian jantung. Berita mengenai Nurasiqin sampai ke meja News Straits Times (NSTP) dan mendapat perhatian umum. Nurasiqin dirujuk ke Hospital Pakar Gleneagles Intan Medical Centre (GIMC) kuala Lumpur dan kos rawatan dibiayai oleh NSTP sepenuhnya.

Pada 27 Oktober 2010 Nurasiqin mendapatkan rawatan untuk mengenalpasti tahap keseriusan penyakit yang ditanggung oleh Nurasiqin. Kini Nurasiqin masih lagi bergantung dengan ubatan yang dibekalkan oleh doktor sehingga keputusan untuk membuat pembedahan ke atasnya di buat.

MUSLIMAH YANG SEJATI 6 : “THE LITTLE GURL....”

Ustaz Ade Rakaman Dokumentari Dari TV3 Untuk Slot Hari Raya Aidiladha Nanti, Dokumentari Ni Menceritakan Sal Aktiviti Harian Ustaz Muhamad, Salah Satu Aktiviti Harian Ustaz For Sure La Kat Ofis Ryte?..Watak P.A n Grafic Designer Pown Terlibat Sama La...Dapatla Aku Dengan Mal Interframe Muka Dalam Slot Tu..Asernyer Nampak Tudung Je Kowt, Muka Lom Layak Nak Masuk Dalam Lense Kamera...Jadi La...Hehe

“ Farah, Petang Ni Tolong Saya Gi Hospital Kejap” “O Em Yea Ustaz, Urm, Boleh Farah Bawak Akmal Skali?” “Akmal Ade Keje Tak?” “Takpela, Ikut Farah Jap, Temankan Farah Ustaz”..Ustaz Anggukkan Je, Aku Tau Ustaz Tak Nak Kasi, Tapi Law Dia Tak Kasi Mal Ikut, Aku Sti Buat Muka, Bab Suh Aku Pegi Sorang2... Tak Nak La Aku...

Kul 2.00 Kitowang Ikut Ustaz Gi Usj Subang,Rumah Ustazah Asmah- Mak Ustaz, Makan Tengahari Kat Sana Sebelum Bertolak Ke Gleneagles Intan Medical Centre (GIMC), Tunggu Cab Yang Akan Datang Ambik Kitowang Kat Umah Ustazah.

************

Sampai Kat GIMC Kitowang Tak Tau Nak Wat Ape, Mal Tanya Aku, Aku Tanya Mal Balik...Yang Aku Tau Ustaz Suh Aku Bawak Sorang Anak Yatim Perempuan Ni Pegi GIMC Untuk Wat Medical Check Up (MC) Kat Sana..Itu Je...Pegi Sana Pown Sebab Kos Sume Ditanggung Oleh The News Straits Times Press (NSTP).

First2 Kitowang Tanyakan Ngan Penyambut Tetamu Kat Mana Tempat Untuk Wat MC, Dia Bagitau Kat Klinik Kesihatan Wing Sebelah Sana (Mean At Another Side La) Sebab GIMC Ade Dua Wings..Wing Kanan Untuk Wad n Wing Kiri Untuk Hospitality.

Aku Ngan Mal Bawak Little Gurl Ni Ke Wing Kiri, Tanyakan Kat Registration Nak Wat MC..Naik Tingkat 1, Bagitau Jugak Mende Yang Sama...Yang Aku Bawak Cuma Surat Beranak, Surat Mati Mak Ayah Little Gurl Tu Je..Itu Je Yang Ustaz Bekalkan Kat Kitowang.

Bila Kat Tingkat 1 Tu Dowang Cakap Dowang Tak Buat Mc Untuk Bawah 16 Tahun, Little Gurl Ni Baru 11 Tahun, “Habis Tu Macam Mana?” “Dia Tengah Sakit Kan?” Aku Angguk... “Cik Bawa Dia Ke Emergency Side, Kat Sana Boleh Buat”.. “Tima Kaseh”...

Sian Little Gurl Kena Seret Kehulur Kehilir...Aku Bengkeng2 Ngan Mal, Marahkan Ustaz Sebab Tak Bagi Tau Detailed Tujuan Kitorang Disuruh Datang Sini...Salah Kitorang Jugak Sebab Tak Tanya...(Mana La Aku Tau)..

**********

Lepak Je Kat Ruang Menunggu Emergency Tu, Aku Dapat Phone Call, “Helo, Saya Samiha, Cik Alia Kat Mana?” “Saya Kat Hospital, Ade Ape?” “Saya Incharge Person Untuk Budak Tu, Alia Ader Kat Mana Skang?” “Kitowang Kat Tempat Emergency” “K Tunggu Saya Datang’.

Alhamdulillah..Rupa2nya Ade Orang Yang Tunggu Kitowang Kat Sini Rupanya, Napela Dorang (Ustzah n Ustaz) Tak Mention Kitowang Paper...Menyirap Law Di Fikir2kan...Then Kitowang Ikut Samiha Ke Wing Kiri Sekali Lagi, Untuk Check Ape Masalah Sebenar Little Gurl.

Masa Tengah Tunggu Turn Kitowang, Samiha Tanya Sal Background Little Gurl, Tak Banyak Yang Aku Tau, Based On Surat Yang Aku Bawa Aku Wat La Story Dari Ape Yang Muncul Kat Kepala, Yang Selebihnya, Little Gurl Cerita Sendiri.

***********

Aku Mintak Diri Untuk Solat Asar, Aku Tinggalkan Mal Tunggu Little Gurl Ngan Doktor, Bila Aku Datang Balik Aku Tengok Mata Mal Merah, (Belom Nanges Lagi)... Mal Citekan Ape Yang Doktor Bagitau Dia.. Skang Doktor Tengah Wat Second Cheking, Untuk Comfirmation.

“Nak Saya Cakap Ke Atau Cik Yang Cakap?” “Doktor Je La Cakap Sendiri Kat Dia” Balas Mal..

“Adik Ade Masalah PDA, Maksudnya Ade Saluran Darah Yang Tak Tertutup, Sepatutnya Saluran Darah Tu Dah Tertutup Masa Kita Dilahirkan, Tapi Adik Tidak, Jadi Masalahnya Bila Darah Turut Mengalir Melalui Saluran Tu Ke Paru-Paru, Itu Yang Menyebabkan Adik Lemah, Darah Terbazir Ke Lain, Dan Kurang Darah Dipam Ke Jantung”... Kitorang Tekun Mendengar..Takut Nanti Tak Faham, Yang Nak Story Kat Ustaz...Aku Jugak...

Doktor Sambung Lagi “ Adik Kena Cepat Wat Operation, Tapi Memandangkan Umur Adik Muda Lagi, Risikonya Tinggi, Jadi Esok Adik Kena Datang Balik Untuk Buwat Ujian Darah, Kena Masukkan Tiub Melalui Peha Adik, Kita Nak Tengok Samada Boleh Ke Tak Nak Buat Operation Kat Adik Nanti”.

Little Gurl Tu Mengangguk, Mukanya Selamba Je...Sayang Sangat, Budaknya Cute..Petah Lak Tu Bercakap..Mungkin Terkesan Dengan Persekitaran, Sedar Dirinya Anak Yatim, Takde Tempat Nak Merengek2...Terpaksa Kuatkan Diri Sendiri.

Harapan.....
Semoga Little Gurl Tu Kuat Untuk Menempuh Hari Esok Yang Menakutkan.......




“ Tak Yah La Nak Stress Sangat”

27hb Oktober 2010

Shah Alam-Gleneagles Intan, Medical Centre