Thursday, December 4, 2014

BONDA YANG MITHALI 22 : KENDURI BERTIGA SAJA :(


Assalamualaikum....


Malam tadi Buya bawak Bunda ke majlis perkahwinan anak kepada anak murid Buya kat Hotel Concorde Sekayen 9 Shah Alam ni ha, takdela jauh ngan rumah..dekat je..sebab tu Bunda gagah jugak nak ikut...

Tapi sebelum nak pegi kenduri tu Buya ada bawak Bunda, Zulaikha n JibriL keluar ngabihkan duit kojap, nak jadikan cite, Zulaikha dah kena aircond sumer plus penat berjalan, terlena la saat dah nak sampai rumah, time tu dah nak maghrib dah ha.

Majlis kat hotel tu pulak katanya lepas maghrib dalam pukul 8 macam tu..alahai...Zulaikha tido lagi, kesian pulak nak kacau beliau tido, kang moody tak pepasal. So Bunda tinggalkanla kat sebelah untuk dijaga oleh acu. Lagipun lebih kurang sejam lagi nenda akan balik keje dah...

Ke hotel tu Buya, Bunda n JibriL sajala..Bertiga. Takde ape yang menarik pun, Nonton perkahwinan orang kaya ajolah..Bunda taengok ada satu kerusi kosong kat meja kami disuruh duduk tu, kerusi untuk Zulaikha la gamaknya, sebab dorang tau Buya ada sorang anak yang dah dewasa. Mujur jugak Bunda tak bawak Zulaikha sebab Bunda tengok takde sorang pun guest malam tu bawak budak..baby adala sorang dua.


Pape jelah....


Ni Bunda sempat snap untuk korang tengok :)









" Tak Yah La Stress Sangat "

08hb November 2014

Hotel Concorde, Shah Alam

BONDA YANG MITHALI 21 : HARI2 AKU SEBAGAI BUNDA :)

Assalamualaikum....

Minggu ni Bunda nak ceritakan tentang kehidupan yang Bunda lalui sehari-hari di rumah melayan karenah anak2 dan suami Bunda...Buya koranglah. Hehe actually banyak memori yang cuba Bunda rakamkan untuk korang tengok nanti bagaimana kehidupan yang korang lalui semasa hayat Bunda di sisi korang...alahai...cakap macam dah nak "pegi" pulak...uhuk2

Takdela..soon korang sume bakal grow up n might be takde masa nak berbual dengan Bunda n Buya kan...yelah dah sebok dengan kawan2...gajet sume..Tv lagi..ape2 lagilah..takpe Bunda faham..walaupun kami sangat memerlukan korang semua di sisi..sebagaimana korang selalu terjerit2 terlolong memekik panggil Bunda dan Buya bila korang perlukan kami saat ini..saat korang kecik2 ni.

So dengan cara ni jelah boleh buat korang engat dan mengerti bahawa Bunda dan Buya memang cuba bagi yang terbaik buat korang semua..dan pastinya Bunda dan Buya sangat sayangkan anak2 Bunda n Buya dunia bawa ke akhirat sampaila masuk ke syurga..Amin.

Jom Layan....










Ada banyak lagi..video pun banyak....tapi internet tak cukup laju untuk Bunda upload kat sini...dalam Facebook ada...boleh usha kat sana yer :)



" Tak Yah La Nak Stress Sangat "

04hb Disember 2014

Rumah Edaman Batu Tiga

Sunday, November 30, 2014

BONDA YANG MITHALI 20 : JIBRIL DAH MENIARAP

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah Semalam 29hb November 2014 Muhammad Jibril Dah Meniarap Secara Rasminya...Hoyeeeee...Dalam Usia Beliau Mencecah 4 Bulan 12 Hari. 

Akhirnya Penantian Bunda Tertunai Jua..Hehehehe Ermm Kalau Nak Ikutkan Usia 4 Bulan Dah Meniarap Agak Cepat Jugak Tau Bagi Seorang Bayi Yang Bambam Macam Jibril Ni....


Hebat Anak2 Bunda J












Tak Yah La Nak Stress Sangat

29hb November 2014


Rumah Edaman Batu Tiga

Tuesday, November 25, 2014

ISTERI YANG DI KASIHI 5 : SELAMAT ULANGTAHUN KE-3

Assalamualaikum.....

Semalam Baru Sahaja Usai Satu Majlis Yang Diadakan Sempena Meraikan Ulangtahun Perkahwinan Buya n Bunda Ke – 3 Tahun. Semua Kawan Rapat Buya Datang, Ayah Apis, Abah Ayol, Abi Pullah, Papa Zaki, Ayah Azim, Uncle Amirul, Auntie Zai, Ibu Mai, Ummi Maryam, Ummi Amy, n Ummi Nurul Dan Jugak Uncle Fizan.

Majlis Tu Biasa2 Saja, Sekadar Berkongsi Kebahagiaan Bersama Kawan2 Rapat Buya, Kawan Bunda Jugak. Untuk Meraikan Kegembiraan Tersebut, Buya Memilih Cafe Sahabat Buya, Cafe Lavinda Milik Uncle Fizan Di Senawang Negeri Sembilan Sebagai Lokasi Majlis. Agak Jauh, Tapi Berbaloi La..Makanan Sedap Dan Banyak...Walaupun Agak Mahal Sikit...Takpelah..Rezeki Untuk Mereka Dan Kita Jugak.

Semua Makan Banyak Malam Tu, Buya Tempah Set Chicken Chop + Nasi Jagung, Anak2 Bunda n Buya Cuma Zulaikha Jelah Yang Makan, Itupun Sikit Je Sebab Sebok Nak Berkawan Dengan Anak Ibu Mai dan Jugak Anak Auntie Zai. Bagusla...YB Bunda Ni Memang Mesra Alam, Tak Susah Nak Dapat Kawan..Hehehehe.

Terima Kasih Sangat2 Bunda Ucapkan Buat Buya Kerana Bersusah Payah Menjaga Bunda Dan Anak2...Walaupun Rezeki Yang Kita Dapat Sehari2 Adalah Rezeki Bersama, Tetapi Allah Hadirkan Melalui Buya Untuk Disampaikan Kepada Kami 3 Beranak Ni...

Buya Seorang Suami Yang Baik, Penyayang, Dan Romantik, Pandai Cari Duit, Dan Jugak Rajin Berusaha..Paling Bes Tentang Buya..Buya Sangat Suka Membaca, Bangga Bunda J Semoga Anak2 Bunda Semua Ikut Habit Buya Yang Satu Ni...Bijak Dunia Dan Akhirat..Insyallah.


Tq Suamiku...Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-3, Bunda Doakan Perkahwinan Kita Berkekalan Hingga Ke Syurga Bersama Dengan Anak2...

Kamu Satu Dihatiku..












“ Srikandi CintaMu ”

15hb November 2014


Lavinda Cafe, Senawang

Monday, November 24, 2014

BONDA YANG MITHALI 19 : SELAMAT BERPINDAH RUMAH

Assalamualaikum.........

Kurang 3 Bulan Saja Lagi Tanah Yang Kini Didiami Buya,Bunda, Zulaikha n Jibril Termasuklah Rumah Nenda Dan Awok Bakal Dijual Kepada Pemaju. Semua Kata Sepakat Dari Adik Beradik Nenda Sudah Pun Dipersetujui Untuk Menjual Tanah Onyang Ni. So Dengan Rasminya Kita Pun Bakal Diusir Dari Tanah Ni Nanti....

Apa Yang Ingin Bunda Kongsikan Bersama Kalian, Sejujurnya Bunda Teruja Sebab Bunda Akan Ada Rumah Sendiri, Walaupun Rumah Kita Sekarang Ni Memang Rumah Kita, Tapi Sebetulnya Ini Rumah Awok Yang Dibina Untuk Tujuan Penyewaan Dan Sebagai Sumber Pendapatan Sampingan Beliau.

Apabila Buya Berkahwin Dengan Bunda, Dan Tinggal Di Sini, Sedikit Sebanyak Kita Telah Menyekat Sumber Pendapatan Sampingan Awok, Tak Seronok La Macam Tu Kan...a.k.a Secara Tak Langsung Bergantung Hidup Dengan Belas Ihsan Orang Tua Sendiri. Cukuplah 3 Tahun Menumpang Di Rumah Awok, Kini, Buya Sudah Mampu Memiliki Rumah Sendiri. Insyaallah Semoga Allah S.W.T Permudahkan Jalan Dan Urusan..Amin.

Zulaikha Merupakan Cucu Pertama Awok Dan Nenda, Boleh Dikatakan Zulaikha Merupakan Cucu Kesayangan Mereka. Mungkin Nanti Bila Tinggal Berjauhan Awok n Nenda Akan Jarang Bertemu Dengan Zulaikha...Mungkin....Bunda Dikhabarkan Awok n Nenda Nak Jagakan Zulaikha Sebab Tak Snaggup Nak Berjauhan. Itu Mungkin Berita Baik Bagi Zulaikha, Sape Tak Nak Tinggal Dengan Nenek Kaya Kan..Hehe..Tapi Ia Berita Buruk Buat Bunda L

Mana Mungkin Anak Kesayangan Bunda, Yang Bunda Belai Sedari Usia 1 Saat Sehingga Kini Akan Bunda Serahkan Kepada Orang Lain, Walaupun Awok n Nenda Beliau Sendiri. Bunda Tau, Kalau Zulaikha Boleh Berbicara, Mungkin Zulaikha Pun Suka Dapat Tinggal Kat Rumah Mewah n Nenda Kaya Kan..Tapi Kesianla Kat Bunda..Bunda Akan Bersedih Setiap Hari Merindui Anak Kesayangan Bunda Ni.

Tinggal Bersama Bunda Dan Buya Mungkin Kemewahan Yang Zulaikha Miliki Tidak Sebanyak Tinggal Bersama Nenda n Awok..Tapi Zulaikha Akan Belajar Banyak Perkara Dari Buya n Bunda Yang Tak Mungkin Akan Zulaikha Perolehi Sekiranya Tinggal Bersama Awok n Nenda...Percayalah..Kehidupan Mereka Jauh Ditinggalkan Dan Tidak Berguna Untuk Masa Depan Zulaikha, Tetapi Berama Buya n Bunda, Zulaikha Akan Terokai Dunia Dengan Bijaksana. Malah Zulaikha Mungkin Memiliki Kedua2Nya...Kemewahan Nenda dan Kasih Sayang Bunda.

Buat Anak2 Bunda Yang Lain Bukan Bunda Tak Sayangkan Kamu...Bunda Pasti Sangat Sangat Sayangkan Anak2 Yang Bunda Dakap Sejurus Kamu Keluar Mengisi Perut Dunia. Tak Mungkin Bunda Tidak Sayang. Tapi Semasa Tulisan Ini Ditulis, Hanya Jibril Peneman Bunda, Adik2 Zulaikha Dan Jibril Belum Tau Lagi Di Mana Mereka Akan Datang.Apa Mungkin Ada Lagikah..Atau Tidak. Bunda Doakan Bukan Hanya Dua Orang Anak Bunda Akan Baca Tulisan Bunda Di Sini....Bunda Harapkan Lebih Lagi....Insyaallah...



                             Gambar ni memang tiada kena mengena dengan situasi...haha



Tak Yah La Nak Stress Sangat

12hb Nov 2014

Rumah Edaman Batu Tiga



Thursday, November 13, 2014

BONDA YANG MITHALI 18 : JIBRIL HAMPIR MENIARAP

Bismillah......

Alhamdulillah Syukur...Jibril Bakal Menginjak Usia 4 Bulan Lagi 4 Hari Mendatang, Ape Yang Ingin Bunda Kongsikan...Sejak Semalam Jibril Seakan2 Berusaha Untuk Meniarap..Hehe..Walaupun Dengan Susah Payahnya...

Kalau Nak Dibandingkan Dengan Kakak Zulaikha Dulu...Zulaikha Memang Laju...Mungkin Sebab Zulaikha Perempuan...Katanya Bayi Perempuan Menang Rajin Sket Dan Kurang Tidurnya...So Perubahan Pergerakan Tu Lebih Cepat Berbanding Bayi Lelaki Yang Dikatakan Lebih Malas n Banyak Tidor...Mungkin Betol...

Kakak Zulaikha Dulu Penghujung Usia 3bulan Dan Boleh Meniarap Sepenuhnya..Dah Boleh Tonton Televisyen Sambil Meniarap Tanpa Perlu Pantauan Dari Bunda...Berbanding Dengan Jibril..Semacam Susah Payah Sikit Beliau Nak Meniarap...Usahanya Perlahan...Suaranya Je Yang Kuat...Bising Betol...

Bunda Doakan Jibril Cecepat Meniarap Yer..Dah 4 Bulan Ni Tau..Wlaaupun Masih Normal Bagi Bayi..Tapi Tak Cukup Hebat Sebagai Anak Bunda Tau....Setakat Ni Kakak Zulaikha Mengatasi Jibril Dari Semua Segi...So Jibril Kenalah Lebih Proaktif Ya...Hahahaha Chaiyok2....






“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

13hb November 2014

Rumah Edaman Batu Tiga

BONDA YANG MITHALI 17 : CELEBRATING BELATED BIRTHDAY PARTY ZULAIKHA

Assalamualaikum........


Pada 2hb Nov 2014 Lepas Satu Majlis Ulangtahun Kelahiran Farah Zulaikha Telah Diadakan Dan Majlis Ini Dianjurkan Oleh Nenda Sepenuhnya...Dibantu Oleh Hulubalang2 Nenda Lah...Dari Segi Kos Sumer..Memang Nenda Yang Sponsored 100%...Untung Zulaikha Jadi Cucu Kesayangan Yer...

Sebetulnya Masa Nenda Dok Cite2 Sal Nak Buat Makan2 Sumer..Nenda Memang Ada Cakap Dengan Bunda..Tapi Bunda Tak Tau Pun Yang Makan2 Tu Untuk Ape..Bunda Ingat Sesaje Je Nenda Nak Jemput Adik Beradik Beliau Makan Kat Umah Nenda Ni Ha...Rupenyer Nak Raikan Majlis Ulangtahun Kelahiran Cucu Dia...Uhuk2...

Alhamdulillah...Sumer Sedara Nenda Datang...Toklong, Neklong, Atok Wok, Nenek Wok, Tok Andak, Malong Ayu Ngan Anak2 Dia Sumer Datang Raikan Zulaikha..Comel Anak Bunda Malam Tu..Actly Zulaikha Memang Comel...Yang Tak Bape Nak Comel..Perangai Beliau Jer...

Terima Kasih Nenda, Awok, Pakngah, Pakndak, N Acu...Sudi Sempurnakan Majlis Ulangtahun Kelahiran Farah Zulaikha Ke 2 Tahun...Alahai..Baru Dua Tahun Dah Ada Birthday Party Yer...Bunda Lepas Kahwin Baru Ada Tau..Itupun..Buya Yang Raikan...Untungla......

Bunda Dengan Buya Menunggu Zulaikha Boleh Lancar Bercakap Nanti Baru Bunda Ngan Buya Raikan Majlis Harijadi Zulaikha...Begitu Juga Anak2 Bunda Yang Lain...Supaya..Bila Majlis Tu Berlangsung..Anak2 Bunda Boleh Ucapkan “TERIMA KASIH BUNDA, TERIMA KASIH BUYA” Sebelum Kek Dipotong....Hehehehehe











" Tak Yah La Nak Stress Sangat "

02hb November 2014

Rumah Edaman Batu Tiga


Thursday, October 23, 2014

BONDA YANG MITHALI 16 : SELAMAT HARI LAHIR FARAH ZULAIKHA BT MOHD ALIFF

Bergelar Suri Rumah Sepenuh Masa...Kehidupan Bunda Memang Berkisar Tentang Diri Dan Anak2...Bunda Memerhatikan Setiap Saat Anak2 Bunda Membesar ( Kecuali Masa Bunda Tido) . Zulaikha Dah Menginjak Usia Dua Tahun Pada 22hb Oktober 2014. Dah Besar Anak Bunda...

AlhamdulilLah Zulaikha Masih Lagi Sihat Dan Aktif Macam Biasa..Manja Dan Lebih Hyper...Hehe...Zulaikha Masih Lagi Belum Mampu Menyebut Perkataan Penuh..Tapi Dah Mula Sebut Beberapa Perkataan Secara Penuh Macam Adik, Awok, Ape, Nak, Tak Nak, Dan Beberapa Perkataan Lagi. Bunda dan Buya Belom Dengar Lagi...Sob...Sob... Walaupun Macam Agak Lambat Zulaikha Mampu Bercakap..Tapi Its Still Ok La..Takdela Beliau Nak Demand Macam2 kan....

Zulaikha Bunda Tengok...Dan Buya Pun Prasan...Beliau Memang Sayangkan Jibril...Setiap Pagi..Bila Bukak Je Mata..Benda Pertama Yang Akan Zulaikha Buat..Adalah Bagi Ciuman Selamat Pagi Untuk Jibril..Setiap Hari...Dan Malah Setiap Kali Beliau Bangun Tido...Llepas Tu Baru Beliau Akan Minum Susu Beliau Dan Main Hp Bunda Sebelum Belaiu Mandi. Bunda Pun Tak Dapat Tau Ciuman Tu...Buya Apetah Lagi....

Zulaikha Memang Anak Bijak...Dan Memang Diakui Oleh Nenda Dan Juga Buya..Bunda Lebih2 Lagila...Zulaikha Sangat Berprinsip..Konon..Haha..Beliau Tak Suka Diminta Ulang Perbuatan Yang Sama Berkali2..Contohnya Macam Kiss..Cukup Skali Je Kalau Nak Suruh Beliau Kiss...Mintak Kali Kedua...Memang Beliau Tak Layan...Bodekla Macam Manapun...Tarak!

Zulaikha Cepat Sangat Belajar Dan Tak Suka Sesuatu Yang Membosankan..Alahai..Macam Orang Besar...Kalau Bunda Install Application Belajar Yang Laju, Cepat Dan Riuh..Beliau Memang Akan Ulang2 Tengok..Tapi Kalau Mendayu2..Lembab Dan Terlalu Mengajar...Beliau Buka Skali Je...Dan Beliau Cepat Bosan Dengan Sesuatu..So Bunda Kena Selalu2 Install Application Yang Baru..Even Lagu ABC Atau Number..Kena Sering2 Tukar Genre..Kalau Tak Beliau Taknak Bukak Dah...Ngade!

Permainan Yang Buya Beli Main Kat Rumah..Beliau Jarang Main..Biasanya Beliau Bukak Then Sepah2kan..Pastu Tinggal..Bunda Kena Kemas...Beliau Memang Suka Main Hp Bunda..Bagusnya..Dia Nak Share Kejap2 Dengan Bunda..Kalau Time Bunda Tengah Citcat Dengan Kawan2 Bunda Lah...Takdela Kedekut...Sebabkan Beliau Suka Guna Hp Bunda..Bunda Banyak Download Lagu2 Mengaji, Alif Bat Ta, Zikir2 Dan Application Belajar Yang Pelbagai. Bila Beliau Bukak..Semuanya Pembelajaran Yang Baik Untuk Beliau Belajar..Tak Rugi Pun Bagi Anak Main Gajet Ni...Game Ada..Tapi Zulaikha Belum Pandai Main Lagi..So Beliau Macam Bosan Kalau Bukak Game..Unfuntional..Hehehehe

Selamat Hari Lahir Sayang Bunda Farah Zulaikha Bt Mohd Aliff....Bunda Sentiasa Doakan Yang Terbaik Untuk Insan Pertama Yang Memberi Gelaran Ibu Ayah Kepada Bunda Dan Buya....






“ Tak Yah La Stress Sangat ”

22hb Oktober 2014

Rumah Edaman Batu Tiga

BONDA YANG MITHALI 15 : JIBRIL BERKHITAN !

Hari Ni 23hb Oct 2014, Imam Kecik Kitorang Muhammad Jibril Bin Mohd Aliff Berjaya Disunatkan, Setelah Dua Kali Tertangguh...Alhamdulillah.Kalau Ikutkan Hati Bunda....Rasa Macam Tak Nak Sunatkan Jibril Hari Ni Sebab Semalaman Badan Jibril Panas n Batuk2 Teruk Sampai Terkeluar Lendir Putih Jernih...Memang Kesian...So Dah Semalaman Bunda Tak Tido Sebab Jagakan Jibril Yang Kejap2 Tersedar Tiap Kali Terbatuk Memang Tak Sampai Hati Nak Biar Jibril Rasa Sakit Bersunat Pulak...Bunda Risau Jugak Senanya Sebab Tak Tau Macam Mana Cara Lelaki Bersunat. Asalnya Memang Bunda Nak Cancel....

Tapi Pagi Tadi Buya Bangun Nak Pegi Keje...Buya Cakap Kalau Tak Sunatkan Sekarang...Nanti Susah Buya Nak Ajak Temankan Ke Mesjid, Kalau Pegi Pun, Jemaah Mesjid Akan Suruh Bebudak Duduk Kat Saf Blakang2 Sebab Belum Bersunat...Kalau Jibril Pegi Mesjid Tapi Tak Solat...Jumpa Kawan n Main Kat Luar...Buya Tak Tau...Kalau Hilang..Macam Mana....Bunda Terfikirkan Hal2 Yang Macam Tu...Jadi Bunda Tak Nak Benda Tu Berlaku...Bunda Kuatkan Jugak Hati Bunda Bawak Jibril Pegi Bersunat...

Sampai Kat Klinik...Ramai Patient...Sebab Dah Buat Appointment...Doctor Dahulukan Baby Yang Nak Bersunat...Bunda Tunggu Dalam 15minit...Bila Turn Jibril Dah Sampai..Bunda Temankan Jibril Masuk..Bunda Pegang Jibril Sebab 5 Ke 10 Minit Sebelum Tu, Jibril Dah Menangis2...Macam Tau Je Nak Sakit..Bagi Susu Pun Tak Nak..Pujuk Pun Tak Jalan Jugak...Masuk Bilik Doktor Jibril Bunda Baringkan...Jibril Masih Lagi Menangis...Alahai...Kesian Anak Bunda.

Bunda Tengok Doktor Keluarkan Jarum, Doktor Cucuk Kat Bahagian Atas Penis Jibril...Dua Kali...Kendian Doktor Cuck Pakai Jarum Kedua Kat Tengah2 Antara Penis n Telor Jibril..Juga Dua Kali. Jibril Masih Lagi Menangis A.K.A Melalak Sampai Nampak Anak Tekak. Doktor Koyakkan Lubang Penis Jibril..Sikit Demi Sikit...Darah Dah Mula Keluar, Doktor Tarik Batang Penis Jibril Keluar Dan Selitkan Kulit Penis Kat Tepi2..Jibril Tak Henti Menangis...Air Mata Bunda Bertakung Sama...Kendian Doktor Koyakkan Kulit Sekeliling Batang Penis Jibril..Itu Yang Nak Dibuang Sangat Tu...

Doktor Masukkan Tiub Plastic Keras Kat Dalam Kulit Penis Jibril..Batang Penis Jibril Ada Dalam Tiub Tu...Doktor Cepit Kiri Kanan Kulit Penis Jibril Untuk Pasangkan Clip...Jibril Dah Kurang Menangis....Cuma Sedu2...Lepas Clip Dipasang Doktor Gunting Keliling Kulit Penis Jibril...Jibril Sambung Lagi Menangis...Dah Selesai..Memang Dah Nampak Bentuk Penis Lelaki Sejati...Dah Selesai....Bunda Pakaikan Pampers Baru Untuk Jibril...Tak Banyak Darah Yang Keluar..Masa Mula2 Tu Saja Dan Masa Kulit Digunting Buang...

Sampai Rumah Jibril Sambung Menangis Balik...Bunda Pujuk Pun Jibril Masih Tak Nak Diam...Tangan Jibril Mencengkam2 Tangan Bunda..Macam Tahan Sakit Atau Pedih...Kesian Anak Bunda...Bila Dah Lama Sangat Menangis, Suara Jibril Jadi Serak..Dah Takde Suara Nak Keluar..Bunda Susukan..Jibril Terlena...Tapi Kejap2 Jibril Terjaga..Menangis Lagi...Mungkin Terkencing Dalam Tiub n Rasa Pedih...

Bunda Masih Belum Dapat Tido Dari Semalam...Bunda Belom Makan Sebab Jibril Tak Nak Lepaskan Bunda..Bila Bunda Baringkan Kat Tilam...Jibril Terjaga..Dan Sambung Menangis Lagi...Bunda Tak Sampai Hati Nak Letak Lagi..Bunda Pun Menangis Skali...Sebak Hati Bunda Ni...Bunda Kendong Sampai Jibril Betol2 Terlena..Baru Bunda Letak Atas Tilam..Bunda Sempat Makan Roti...Tapi Bunda Mengantok Sangat..Bunda Kena Tido..Kepala Bunda Da Penin2...Hadoiiiiii

Bunda Sempat Tido Dua Jam Sebelum Jibril Bangun Dan Menangis Lagi..Mungkin Terkencing Lagi..Luka Masih Baru..Pedih Agaknya...Buya Kebetulan Baru Balik..Buya Jagakan Jibril Sementara Bunda Solat Zohor Dan Minum Sikit...Kendian Bunda Amik Jibril Balik...Bunda Dodoi Jibril Sambil Berdiri Sebab Bila Bunda Duduk..Jibril Menangis..Lenguh Kaki Bunda Sebab Belom Makan Pape...Tapi Bunda Lagi Kesiankan Jibril...Bunda Berdiri Jugak...Sampai Petang Jibril Terlena..Mujur Kakak Zulaikha Main Kat Luar Dengan Buya...Jibril Boleh Tido Nyenyak...

Malamnya Lepas Maghrib Jibril Masih Lagi Menangis Kejap2...Mungkin Masa Kencing...Lepas Solat Maghrib Bunda, Jibril n Zulaikha Terlena Tiga2...Kitorang Bangun Dah Kat 11.30 Malam...Alhamdulillah Jibril Dah Senyum2 Bila Tiap Kali Bunda Panggil Jibril. Mungkin Sakit Dah Makin Kurang. 

Clip Tu 25hb Dah Boleh Tanggal..Tapi 25hb Jatuh Awal Muharam, Klinik Tutup..Jibril Kena Tunggu Klinik Buka 27hb Untuk Tanggalkan Clip Tu...Walaupun Terpaksa Tunggu Lebih Dari Sehari Dari Yang Sepatutnya, Bunda Harap Sakitnya Dah Tak Sama Macam Hari Ni Sebab Luka Dah Kering. Pasti Ada Hikmahnya Untuk Jibril Kenapa Clip Tu Tertangguh Bukaannya.

Malamnya Bunda Masih Lagi Berjaga..Takut Kalau2 Jibril Tersedar Dan Menangis Lagi...

Alhamdulillah...Bunda Dikurniakan Anak2 Yang Hebat Dan Kuat...





Semoga Cepat Sembuh Sayang.....


“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

23hb Ocktober 2014


Klinik Sek 19 – Batu Tiga

Wednesday, October 1, 2014

BONDA YANG MITHALI 14 : ZULAIKHA OH ZULAIKHA

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah Setakat Artikel Ni Ditulis..Zulaikha Dan Juga Jibril Membesar Dengan Sihat Walafiat. Ada Sesuatu Yang Ingin Bunda Kongsikan Mengenai Perangai Si Kiut Miut Farah Zulaikha Ni. Betolla Orang Cakap...Orang Yang Muka Cantik Comel Ni Banyak Karenahnya...Macam Anak Bunda Ni La...Si Zulaikha. Si Comel Lagi Panjang Akal!

Zulaikha Sedari Kecil Dia Memang Senang Dijaga..Tak Banyak Karenah..Sampaila Sekarang Ni..Disaat Artikel Ni Dikarang..Dia Masih Lagi Menyenangkan Dari Segi Kesihatan Dan Tumbesaran. Payah Nak Sakit Atau Demam...Memang Tiptop!Cuma.....Perangai Dia Ada Satu Dua Je Yang Boleh Buat Bunda Migraine Dan Menaikkan Tekanan Darah...Zulaikha Ni Kaki Bentak, Meraung Dan Juga Suka Mengamok!!!

Ya!Memang Normal Kanak-Kanak Seusia Zulaikha Ni Berkelakuan Sedemikian...Tapi Bunda Ni Yang Tak Boleh Nak Layan Sangat....Kalau Dia Meraung, Melalak, Membentak Bila Nak Sesuatu Macam Hp Ke, Nak Ikut Buya Naik Moto Ke, Nak Tido Ke..Bunda Boleh Layan..Sebab Dah Tau Dah..Takde Pape Pun...Ha..Yang Bagusnya..Macam Mana Dia Senang Membentak..Macam Tu Jugakla Dia Senang Dipujuk..Dalam Sesaat Boleh Setel..Dan Tukar Mood!Senyum Balik.....

Hari Ni..Zulaikha Buat Magik...Ikut Bunda Masuk Bilik Bacaan Buya..Bunda Lipat Baju Dia Amik Kerusi n Buat2 Iron Baju Kat Meja Pengairon Tu..Tetiba Bunda Nak Keluar Tengok Dia Tengah Gigit Sumthing..Bunda Dah AGAK!!!Dia Bantai Makan TELOR CICAK..Kelam Kabut Bunda Korek Dari Mulut Dia...Geli..Meremang Bulu Roma Bunda Bila Embrio Yg Masih Cukup Sifat Tu Ada Atas Tangan Bunda...Mujur Zulaikha Kunyah Kulit Baru..Embrio Tu Tak Sempat Hancur..Adoiiyaiii

Bunda Tetap Bunda..Walau Macam Mana Sikap Anak Pun..Bunda Tetap Boleh Trima n Layan Seadanya...Kadang2 Bunda Dera Sket2 Tu Kira Halalla Ye...Awak Pun Melalak Tak Kira Time plus Suka Buat Benda Yang Bunda Baru Je Larang, Baru Je Warning...Tetibe Happen!!!Memang Nak Kena....

Jangan Benci Bunda....Jangan Berdendam Dengan Bunda...Bunda Sayang Awak...Kalau Tak Awak Takkan Membesar Sihat Macam Ni..Tanpa Sebarang Parut...Hatta Parut Digigit Nyamuk Pun Takde...Merah2 Kesan Gigitan Semut Adala..Sebab Umah Kita Umah Semut Juga..Sampai Bunda Pun Tak Tau Ni Rumah Sape Sebenanya...Rumah Kita Ke Rumah Semut.....






“Tak Yah La Nak Stress Sangat”

01 Oct 2014

Rumah Edaman Batu Tiga



Tuesday, September 23, 2014

MUSLIMAH YANG SEJATI 34 : HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF 28th

Bismillah.....

Tak Sangka Dah 3 Tahun Bunda Hidup Bersama Buya  Mohd Aliff Dan Tahun Ni Bunda Meraikan Hari Lahir Yang Ke 28th Dengan Dua Orang Anak. Sepasang Lagi...Si Cantik Farah Zulaikha Dan Si Kacak Muhammad Jibril. Indahnya Hidup Yang Bunda Nikmati Sekarang. Lengkap Apa Yang Seorang Wanita, Isteri Dan Ibu Perlukan. Sujud Syukur!

Tahun 2014 Ni Takde Ape2 Majlis Yang Buya Buat Untuk Sambutan Hari Lahir Bunda...Tapi Bunda Dapat Hadiah Awal Seminggu Dari Tarikh Hari Lahir Bunda. Ekonomi Tak Berapa Nak Awesome Sangat Untuk Buat Pape Sambutan, Sebab Dah Donate Untuk Belikan Hadiah..Hahahaha

Kebetulan Lagi Seminggu Lebih Raya Haji Bakal Tiba, Bunda Dah Request Supaya Buya Bawak Kita Semua Balik Kampong, Pertama Kali Jibril Akan Balik Kampong Bunda Kat Kedah Nun..Pertama Kali Juga Tok Ngan Tokwan Nak Tengok Cucu Lelaki Kedua Dorang Ni.

So Besday Bunda Tahun Ni Bunda Dapat Wish Dari Buya Jelah...Tapi Yang Besnyer...Buya Tiap2 Tahun Jadi Orang Yang Paling Laju A.K.A Orang Pertama Akan Wish Kat Bunda. Tq Buya..Cayunk Buya Ketat2...Hahahaha

Raya Haji Tahun Ni Pun Insyaallah Meriah Dari Tahun2 Sebelum Ni Sebab Semua Anak2 Tokwan Akan Beraya Sebelah Tokwan. Besla Zulaikha Dapat Jumpa Sepupu2 Dia..Ramaila Kawannya...




Walaupun Ini Besday Bunda..Tapi Buya Pun Dapat Hadiah Jugak....Tak Aci..!!!!
(Guess Original + Limited Edition Nautica Watch)


Btw..SELAMAT HARI LAHIR FARAH RAZIMI KE-28th...JADI LEBIH MATANG TAU....Hahahahahaha


“Tak Yah La Nak Stress Sangat”

22hb September 2014

Rumah Edaman Batu Tiga

SAHABAT YANG DISAYANGI 9 : SELAMAT HARI LAHIR ZYE

Assalamualaikum...

Semalam Ayah Apis Raikan Sambutan Hari Lahir Tunang Beliau, Ibu Zye Sahabat Baik Bunda Kat Lavinda Cafe Fizan. Syukur Alhamdulillah Semuanya Berjalan Lancar. Diraikan Oleh Yang Tersayang Memang  Seronok N Rasa Amat Dihargai Kan. Seronok Tengok Sahabat Baik Kita Bersama Orang Yang Boleh Bahagiakan Dia. Tengok Orang Terdekat Gembira Kita Pun Rasa Bahagia Betol Tak. Takmo Dengki2..Takmo2...

Skang Ni Status Dorang Masih Tunang2an La..Lagi Dua Bulan Baru Boleh Manja2 Lebih Sket Bila Dah Sah Jadi Suami Isteri. Elok Juga Tu Dah Tak Lama..Dorang Pun Hubungan Alahai..Resah Betoila..Dah Hampir Setahun Kenal Pun Lagi Mau Sentap2 Ka...

Tak Sangka Perkenalan Masa Orientasi Tahun 2006 Waktu Bunda Mula2 Masuk UKM Dulu Bertahan Lama Sampai Sekarang. Bunda Ni Memang Tak Boleh Duduk Diam..Ramah Lebih...Tambah2 Kalau Tengok Orang Yang Lembik2 Macam Ibu Zye Ni..Hahaha...Memang Bunda Kesian Tengok Dia Tercongok Blur2..Elok Bunda Tegur Dia Dulu...Tak Sangka Dia Pulak Yang Kekal Dengan Bunda Sampai Ke Hari Ni.

Kalau Nak Cite Momen Masa Belajar Dengan Ibu Zye Dulu Memang Tak Abis Sampai Semua Aktiviti N Persatuan Kitorang Join..Cuma Kelab Je Ibu Zye Lagi Aktif Dari Bunda..Bunda Tak Join Banyak Kelab, Malas Banyak Sangat Komitmen..Tapi Tiap Kali Kelab Yang Ibu Zye Buat Program Pape..Bunda Akan Join Skali. Elok Lagi Macam Tu...Takde Tangungjawab Namanya..Hahahaha Sampaikan Dh Terlalu Rapat N Berkepit..Orang2 Yang Kenal Kitorang Cop Bunda As Bodyguard Ibu Zye..Almaklumlah..Muka Ganaz..Padahal Lembik Dari Ibu Zye Senanya.

Papepun Zye..Sahabat Baikku Dunia Akhirat...Walaupun Kadang2 Awak Menjengkelkan..Tapi Ara Terima Zye Seadanya..Sebab Ara Tau..Ara Lebih Menjengkelkan Dari Zai...Hahahahahaha




SELAMAT HARI LAHIR KE-28th SAHABAT...LOVE YOU MUCHO!!!



“Tak Yah La Nak Stress Sangat”

05hb September 2014

Lavinda Cafe Senawang


BONDA YANG MITHALI 13 : JIBRIL DUA BULAN

Bismillah......

Syukur Alhamdulillah Jibril Genap Dua Bulan Dengan Tumbesaran Yang Sangat Proaktif, Zulaikha Begitu Juga..Kesihatan Bunda, Buya, Zulaikha n Jibril Sebulan Dua Ni Memang Tip Top...

Hari Ni Jibril Kena Check Up Injection Untuk Bulan Kedua, Kena Timbang Juga Tengok Badan Naik Ke Idok...Alhamdulillah...Jibril Dua Bulan Beratnya Dah 5.2kg..Dah Alang2 Ada Penimbang Kat Klinik Tu..Aku Pun Timbanglah Zulaikha Skali...Tak Sangka...Zulaikha Dah 20kg...Macam Tak Caya Pun Ada..Tengok Badan Beliau Maintain Je Kocik Koring....

Bunda Nak Kata Maintain Tak Maintain Sangatlah...49kg...Tapi Macam Tak Kena Pulak Sebab Bunda Nampak Macam Besor Berisi..Tapi Apa Pun Tarak..Dok Usung Tulang Dengan Kulit Je Rupanya. Buya Tak Timbang..So Tak Taula Bape Berat Buya Sekarang..Mungkin 50kg Kot...Alahai...Sikitnya Nombor2 Yang Kita Amik Ek.

Kalau Ikut Plan Jibril Akan Disunatkan Hari Ni..Tapi Doktor Yang Nak Menyunatkan Baby Tu Tak Ada..Kena Tunggu Minggu Depanla Nampaknya...So Jibril..Siapla Awak Minggu Depan Ye...Kasi Potong!









“Tak Yah La Nak Stress Sangat”

19hb September 2014

Batu Tiga – Klinik Sek 18


Saturday, September 6, 2014

BONDA YANG MITHALI 12 : NEW JOURNEY :)

Assalamualaikum........

Syukur Alhamdulillah Sudah Hampir Dua Bulan Jibril Melihat Dunia (Lihat Kejap2 Je Sebab Banyak Tido). Sebagai Bondanya Jibril, Nikmatnya Melihat Jibril Membesar Tanpa Banyak Karenah Dan Sangat Mudah Dijaga. Renggekkan Jibril Hanya Berbunyi Jika Lapar Dan Mengantuk Aje...Bonda Lega.

Zulaikha Pulak Sedikit Menguji Kesabaran Sejak Akhir2 Ni..Kuat Membentak, Mengamuk, Menangis, Menjerit Dan Manja Melampau2...Perhatian Zulaikha Minta Sebanyak2nya... Beliau Nampak Sangat Sayangkan Jibril..Tapi Ada Cemburunya Juga...Kalau Tak Kena Masa...Memang Takde Kompromi...Nak Lebihkan Dia Aje...Tapi Kalau Mood Ok..Dicium2nya Jibril Berkali2...Kadang Bonda Layankan Zulaikha..Tapi Kadang..Penampo Makan Dia....

Buya Pulak Baru Je Benti Keje Sebagai Pekerja Tetap Tapi Masih Lagi Berkhidmat Sebagai Pekerja Separuh Masa. Syukur Alhamulillah Rezeki Semakin Bertambah Sejak Buya Benti Keje Lama Dia. Sekarang Buya Mulakan Karier Baru Sebagai Pekerja Free Launch. Semakin Kurang Lagila Masa Buya Bersama Dengan Bonda. Jibril n Zulaikha Kat Rumah. Sob...Sob...

Ape Pun Semoga Perjalanan Ini Dirahmati Dan Dipermudahkan...

Amin

“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

06hb 09 2014

Rumah Edaman Batu Tiga



Wednesday, August 6, 2014

BONDA YANG MITHALI 11 : KASIHKU TERBAHAGI DUA

Buah Hati Kedua Aku Muhammad Jibril Dah Menganjak Usia 20 Hari. Alhamdulillah Kesihatan Beliau Baik2 Aje, Kakak Beliau, Zulaikha Pun Terima Kehadiran Adeq Dia Seadanya, Dia Sayang Kot..Sikit2 Kiss Pipi Tembam Jibril..Sampai Naek Rimas Nak Halang.

Syukur..Setakat Hari Ni Makan Minum Jibril Takde Masalah..Berselera Je Beliau...Tido Pun Nyenyak..Selagi Mana Aku Ada Kat Sebelah Beliau La...Cuma Hidung n Pernafasan Beliau Jala Macam Problem Sikit..Dia Terjaga Pun Sebab Tak Boleh Bernafas Dengan Elok..Kesian Pulak Aku Tengok..Tapi Takde Ape Yang Aku Boleh Buat..Mengharap Benda Tu Hilang Sendiri Jala Nanti..Amin

Masa Awal2 Kelahiran Dulu Jibril Memang Kerap Berak..Kira Bila Menyusu Je Kejap Agi Kuo Balik..Tapi Bagusnya Beliau Akan Kerap Menyusu La..Mungkin Sebab Tu Jugak Beliau Takde Kuning..Lega Kitorang..Jibril Ni Boleh Dikatakan Baik Jugakla Budaknya, Takde Nak Ganggu Aku Bangun Tengah2 Malam Ke..Pagi2 Buta Ke..Paling Tak Pun Dia Terjaga, Aku Sumbat Mamam, Lena Balik Laaa

Zulaikha Pun Dah Ok..Dulu Aku Terpaksa Menyusukan Dua Orang Ni Skaligus Kalau Kena Time Zulaikha Nak Tido, Macam Kucing Da Ha..Since 2hb Ogos Aritu Zulaikha Dah Boleh Trima Nenen Ni Bukan Dia Punya Lagidah..Skang Dia Dah Boleh Tido Tanpa Selak Baju Aku...Selesai Satu Masalah..Dan Oleh Kerana Itu, Jibril Ni Aku Dh Ajaq Dia Minum Susu Badan Aku Pakai Botol Since Usia Dia Dua Hari Lagi..Serik Dh Aku Terpaksa Menyusu Lagi Dah Besor2 Kang..Tapi Bergilir2 Dengan Susu Badan La..Kang Dia Kurang Kasih Sayang Pulak...




“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

06hb Ogos 2014

Rumah Edaman Shah Alam


Sunday, July 20, 2014

BONDA YANG MITHALI 10 : MUHAMMAD JIBRIL BIN MOHD ALIFF

Syukur Alhamdulillah....Buah Hati Kedua Aku Dan Suami Selamat Lahir Ke Dunia Dengan Sempurna Sifatnya. Syukur Ya Robb....

Aku Start Kontraksi Nak Bersalin 16hb Julai 2014, Bersamaan 18 Ramadhan. Itupun Dalam Pukul 10 Pagi Baru Aku Prasan Yang Aku Dah Start Sakit Lain Macam, Disebabkan Kontraksi Yang Aku Alami Tu Tak Sama Dengan Yang First Dulu So Aku Syak Wasangka Sketla..Betoi Ka Sakit Dah Nak Bersalin Ni.

DueDate Anak Kedua Aku Ni 17hb Julai 2014, Iaitu Besok Harinyalah...Petang Tu Aku Kol Mak Aku..Cite Sakit Yang Aku Sedang Rasa Waktu Tu..Mak Aku Kompomkan Yang Sakit Aku Tu Memang Kontraksi Nak Bersalin, Mak Aku Cakap Standby La..Maybe Malam Ni Atau Besok Sure Bersalin La Aku Ni.

So Aku Tahanla Sakit Tu Sepanjang Hari..Memang Agak Cepat Sket Yang Ni..Kontraksi Aku Tu Pun Berubah Masa Cepat Sangat..Kalau Zulaikha Dulu Seharian Tu Still Sakit Dalam Jarak Sejam Macam Tu..Then Besoknya Baru Berubah Stiap Setengah Jam...15minit Dan Kendian 5 Minit Skali.

Lepas Berbuka Puasa Tu Kontraksi Aku Dah Semakin Cepat..Stiap Stengah Jam..Aku Lepak Lagi...Malam Tu Aku Boleh Lagila Gi Lepak Umah Mertua Aku Layan Citer Korea Dengan Beliau Sampai Abiz...Then Bila Aku Balik Rumah Tu Aku Prasan Sakit Aku Ni Makin Kerap Pulak..5minit Skali..Aku Dah Cuak..Takut Tak Sempat Gi Spital Plak Kang..Lagipun Aku Tak Nak Bersalin Dalam Kete Ke Kat Umah Ke Ape..Sakit Kot!!!

Aku Wasap Asben Aku Cakap Nak Pi Spital..Kalau Kena Tunggu Pun Takpela..Janji Kat Spital..Tunggu Beliau Balik Tadarus Sume Dalam Kui 2.30 Kitorang Sampai Spital, Ameer Ikut Temankan Skali. Aku Masuk Bilik Check Up Kui3 Pagi. Dah Cek Sumer Dalam Kui 4 Baru Dorang Cek Dah Bukak Bape Cm, Time Tu Baru 4cm..So Dorang Tak Layan Sangat Bab Ramai Lagi Yang Tengah Tunggu Turn Nak Bersalin, So Dorang Dulukan Yang Mana Dah Nak Terberanak Tu Dulula.

Lepak La Layan Sakit Tu Dengan Beberapa Lagi Bakal Ibu Yang Ada Dalam Area Bilik Menunggu Tu..Kul5.30 Pagi Aku Keluar Jumpa Asben Aku Kat Luar Kejap, Nak Makan Pun Takde Selera Aku Pagi Tu Bab Tengah Sakit, Masuk Waktu Subuh Kitorang Cari Surau n Solat Siap2...Bab Aku Boleh Tahan Sakit Lagi Walaupun Masa Tengah Solat Tu Aku Nak Terkentut Sangat...Dugaan Sungguh...

Aku Tengok Asben Aku Pun Dah Tingtong, Lama Tunggu An, Aku Tak Ase Pape..Masih Segarla Bab Takut Nun Nak Bersalin Jap Lagi..Kui6 Nurse Panggil Aku Masuk Dalam Skali Lagi Nak Cek Pembukaan,Alhamdulillah Time Ni Dah Terbukak 6cm, So Dorang Soh Letak Aku Dalam Labour Room, Tapi Kui7 Baru Ada Labour Room Yang Kosong, Aku Masuk Kui7 Pagi..Then Dorang Start La Proses Itu Ini Kat Perut n Bahagian V Aku.

Masa Cepat Sangat Berlalu Bila Dok Dalam Labour Room Tu, Kui8 Dorang Dah Mula Keluarkan Air Kencing n Air Ketuban Aku, kui8.15 Aku Dah Jerit Cakap Dah Nak Keluar Babynya...Dorang Soh Stay Jap..(Mana Boleh Tahan2 La Deeeyyy) Yang Lain Keluar Panggil Asben Aku...Aku Push Banyak Kali Jugak Yang Ni..Sampai Tak Engat...Bab Aku Mengharapkan Asben Aku Masuk n Bagi Aku Semangat..Tapi Sakit Sungguh Aku Rasa Nak Meneran Tu Sebab Usaha Sorang2..Doktor n Nurse Cuma Boleh Cakap Push Lagi..Tarik Nafas..Buat Gini..Pegang Gitu..Angkat Kepala..Tengok Perut..Push Push n Push...

Tadaaaa...Kui8.25 Imam Muda Yang Aku Nantikan Selama Genap 10bulan Tu Pun Keluar Dengan Dua Kali Push Yang Terakhir Dalam Mas 10 Minit, First Tu Keluar Kepala Je..Kena Push Lagi Untuk Keluarkan Badan Pulak...Terasa Beliau Keluar...Imam Muda Aku Yang Seberat 2.7kg Tu Dorang Bersihkan Kendian Terus Letak Atas Dada Aku Dengan Dia Masih Lagi Berbogel..Diam Dia Waktu Tu..

Kali Kedua Melahirkan Aku Tak Lembik Sangat..Steady Je..Bila Asben Aku Masuk..Aku Dah Setel Dah Pun..Dorang Amik Imam Muda Aku Untuk Diazankan. Aku Punya Proses Bersihkan Bahagian V Kali Ni Lebih Menyakitkan Sebab V Aku Terkoyak, Masa Zulaikha Dulu Dorang Yang Guntingkan Untuk Mudahkan Bersalin, So Jahitan Aku Yang Ni Lebih Menyakitkan Sebab Jarak Koyakkan Tu Lebih Jauh.

Walaumacam Mana Pun Semuanya Dah Selesai, Imam Muda Aku Sempurna Sifat Dan Sehat. Aku Masuk Wad Pun Takde Masalah, Aku Jugak Boleh Balik Pada Hari Yang Sama Gak. Imam Muda Yang Sangat Comel Dalam Dakapan Aku Ni, Kami Namakan Muhammad Jibril Bin Mohd Aliff J




“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

Hospital Sungai Buloh


17hb Julai 2014

Sunday, June 15, 2014

BONDA YANG MITHALI 9 : ALHAMDULILLAH....SYUKUR :)

Assalamualaikum...

Syukur Alahamdulillah....6hb Jun 2014 Lepas, Aku Pi La Check Up Seperti Yang Dijadualkan Untuk Cek Bulanan Punya Seperti Yang Dah Dijadualkan Untuk Aku La...Dan Hari Tu Adalah Untuk Cek Samada Kepala Bayi  Aku Dah Turun Ke Bawah Atau Belum. 

Dengan Segala Usaha Aku Selama Sebulan Untuk Naikkan Berat Badan Baby Dan Doakan Supaya Kepala Baby Aku Ni Turun Bawah..Akhirnya Masa Cek Tu Doctor Sahkan Yang Kepala Baby Aku Dah Turun...Yieeehaaa!!!

Bukan Je Dah Turun..Malahan Berat Beliau Pun Dah Naik Dah, 2.Kg Dah Skang...Syukur Sangat..Apa Yang Aku Isawkan Dah Setel..Aku Pi Cek Up Kali Ni Aku Pi Dengan Asben Aku..Bab Dah Baby Ada Masalah So Better Pi Dengan Asben Aku La Untuk Tengok Skali..Kalau Nak Balik Cite,,Dah Tak Sedap Jadinya And Tak Suspen Sangat..Lagi Pun Ada Bape Kali Je Lagi Untuk Check Up Sebelum Aku Bersalin.

Bila Dapat Tau Kepala Baby Dah Turun Plus Berat Dia Pun Dah Naik Macam Yang Sepatutnya, Aku Lega Sangat...Skang Ni Aku Just Tumpukan Kat Naikkan Berat Baby Dalam Lebih Kurang 5g Je Lagi...Atau Lebih La..Kalau Lahir Nanti Berat Dia 2.5kg Pun Dah Cukup Sihat Dah Tu..Macam Kakak Dia Dulu..Itupun Dah Perit Aku Nak Meneran...Hehe

Syukur...Alhamdulillah J

“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

06hb June 2014


Rumah Edaman Batu Tiga

Wednesday, June 4, 2014

BONDA YANG MITHALI 8 : IMAM KECIL KAMI :(

Ni Cite Bulan Lepas La (April) Masa Aku Nak Scan Baby Aku Yang Dah Masuk 7 Bulan Time Tu. Altegezut Monkeynya Masa Tu Bila Doctor Cakap Baby Aku Baru 750g Berat Dia. Tak Panic Awak, Bila Baby Dah Masuk Usia Nak Boleh Tengok Dunia Dah Tapi Belum Cecah Sekilo. Alkisahnya Doktor Boleh Nak Terperasan Time Tu Sebab Dia Buat Scan 4D Then Rupa Anak Aku Tak Macam Baby2 Lain Yang Beliau Scan Sebelum Ni. Musykil La..Pastu Baru Pasan Yang Upenyer Anak Aku Kecik Sangat, Dia Scan Pun Tak Nampak, Yang Aku Bayar Dia Scan Aku Bulan2 Tu Untuk Hape Ntah. Cit!!!

Aku Engat Dah Terlambat La Nak Besarkan Baby Aku Ni Dalam Masa Lebih Kurang 2 Atau 3 Bulan Ja Lagi Untuk Naikkan Berat Dia At Least 2kg Sebelum Due. Dah 7 Bulan Jaga Pun Baru 750g Ini 3 Bulan Nak Naikan Sekilo Lebih...Boleh Ke...

Tapi Kalau Dah Kata Rezeki Anak..Nothing Impossible...Apa Pun Kita Tak Boleh Nak Jangka..Memang Pun, Baliknya Dari Spital Aku Trus Share Dengan Kengkawan  Baik Aku Kat Whatsapp. Dorang Bagila Jugak Idea...Makan Tu Amal Ni Minum Tu Ambik Ni..Salah Sorang Tu Cadangkan Aku Makan Produk Shaklee Untuk Bagi Baby Besar Dengan Lajunya Gitu..Entahla..Aku Anggap Produk Ni Produk Orang Kaya, Mane La Aku Mampu Nak Bli, Even Sebotol Pun Aku Berkira2...Berbaloi Ke..

Nak Jadikan Cite..Salah Sorang Member Aku Ni Hadiahkan Aku Set Hamil Produk Shaklee Ni..Subhanaallah...Rezeki Kalau Allah Nak Bagi Tu..Mana2 Pun Boleh Dapat...Dapatla Aku Produk Mahal Buat Pertama Kali...Rezeki Anak..Set Hamil Tu Dalam RM400 La Jugak...Dapat Macam Tu Jer...

Aku Pun Skang Ni Berdoa Je Mampu, Then Tawakal...Besok Aku Kena Chek Up Monthly Untuk Terakhir Kalinya Sebelum Aku Boleh Detect Masalah Kedua Baby Aku Ni Kepala Dia Pulak Stilled Kat Atas Lagi Even Dah Masuk 8bulan Dah..Patutnya Masa 7 Bulan Lagi Dah Turun Kepala Ke Bawah, Tapi Mungkin Disebabkan Saiznya Yang Kecik Tu Buat Dia Pk Belum Masanya Dia Keluar Lagi Kot Ataupun Membataskan Beliau Nak Bergerak Turun Ke Bawah...Maybeeeeee

Alhamdulillah Dah Sebulan Aku Makan Set Hamil Tu Perut Aku Memboyot Dengan Lagaknya..Besar Dari Biasa, Eh Tak, Besar Dari Sebelum Ni..Berat Aku Bulan Lepas Naek 2.5kg..Syukur, Harap2 Berat Baby La Yang Naik Tu, Cuma Skang Ni Aku Hanya Tumpukan Doa Untuk Bagi Kepala Baby Turun Bawah n Uri Aku Dah Terkoyak Sikit2...

Esok Penentu Masa Scan Samada Kepala Baby Aku Dah Turun Ke Belum, Kalau Dah, Alhmdulillah..Aku Cuma Perlu Menghitung Hari Jela..Tapi Kalau Belum..Nampaknya Ada Potensi Perut Aku Bakal Ditoreh2 Untuk Keluarkan Baby Aku Nanti...Hmmmmhhh Tengok Besok Ape Cite...


" Tak Yah Nak Stress Sangat "

05hb Jun 2014

Rumah Edaman Batu Tiga


BONDA YANG MITHALI 7 : PD OSTRICH, DONE!

Minggu Lepas (24 & 25 Mei )  Suami Aku Bawak Aku Dengan Zulaikha Pergi Bercuti Hujung Minggu Ke Port Dickson a.k.a PD, Nogori Sembilan. Sebenarnya Takdela Bercuti Sangat Sebab Suasana Dan Keadaan Yang Tak Berapa Bes Sangat Fesday Tu. Selain Kami Satu Famly, Papa Zaki,Ummi Amy, Acu Nina Dan Ibu Zai Pun Joined Jugak, Ayah Apis Tak Dapat Ikut Sebab Kena Take Over Bisnes Mak Dia Yang Pegi Bercuti Lagi Awal Dari Dia.

Tujuan Sebenar Pegi Beruti Kat PD Yang Dah Banyak Kali Aku Pegi Tu Walaupun Tempatnya Lain-Lain, Of Cos La Sebab Idea Asben Aku Yang Konon-Konon Kaki Pancong Tegar Tu Nak Bercuti Sambil Memancing La Temanya Time Tu. Kitorang Yang Ladies2 Ni Tercongokla Kat Homestay Pasir Panjang Takde Wat Pape. Nonton Tv Pun Cuma Boleh Tengok 3 Channel Je, Sebab Tuan Rumah Tu Langgan Astro Njoy Yang Tak Berapa Nak Enjoy Sangatlah.



Zulaikha Mujur Ada Acu Dia Temankan, So Takdela Tepu Sangat Berkawan Dengan Mokcik2 Pertengahan Usia Ni, Kalau Tak Kompom Merap La Dia Ngan Aku, Alsebab Salah Satunya Kondisi Homestay Tu Ya Amatlah Bahang Dan Panas. Kami Yang Berkelubung Ni Sebab Ada Yang Bukan Mahram Memang Ase Nak Berendam Je Dalam Bilik Air Tak Nak Keluar2.

Tapi Tu Cite Hari Pertama Sampai, Itu Pun Dah Nak Malam, Besoknya Asben Aku Bawak Kitorang Ke PD Ostricth, Aku Pun Tak Tau Menatang Ape Ada Kat Sini, Tengok Signboard Kemaen Gempak Gambar Dinosaur, Sebab Teruja Sangat, Aku Tak Ambik Pulak Gambar Signboard Yang Bombastic Sangat Tu. Bila Masuk Dalam, Teruja La Jugak Lagi Sebab Dapat Tengok Burung Unta Live, Aku Pun Memang Tak Penah Tengok Burung Botak Ni. Unta Pun Ada, Keldai Pun Ada, Kuda Dah Biasa, Tapi Bes Sebab Dapat Bagi Zulaikha Naek. So Kami Satu Family Dah Penah Try La Naik Kuda Ni, Tak Jakunla Sangat Ok! Bila Tanya Mana Dinasour, Katanya, Dah Lari..Aik!!!



Paling Aku Suka Bila Zulaikha Pegang Ular, Haiwan Yang Paling Aku Geli Geleman Dulu, Kini Dan Selamanya..Ya Ampun!Mati Idup Balik Aku Takkan Sentuh Menatang Licin Tuuuu. Yek!!!Lepas Dia Pegang Ular Dia Jalan Pegang Tangan Aku Pulak, Haiiiihhh Meremang Bulu Roma, Kalau Tak Kerana Anak, Hingin Aku Pegang Tangan Zulaikha Aih..Geliiiii, Terasa Ada Ular Plak Kat Tangan Aku Ni.


Dalam Perjalanan Balik Tu Asben Aku Ajak Singgah La Kejap Kat Muzium Tentera PD, Tapi Aku Dah Malas Nak Tengok Sangat Bab Aku Bukan Jenis Menghayati Sejarah, Memang Tak Dapat Tengok Pun Becos Ada Function And Tempat Tu Pun Ditutup, Untuk Dating2 Bolehla..Zulaikha Pun Dah Tido Time Ni, Memang Lenguh Jugakla Aku Mengendong Mokcik Ni Naek Tangga. Asben Aku Hampeh, Bawak Diri Sendiri Je. Naseb Perjalanan Aku Ditaja Sepenuhnya, Ponek Sket Redho Je...





" Tak Yah La Nak Stress Sangat "

24 & 25 Mei 2014

Shah Alam - PD Ostricth 

Wednesday, March 19, 2014

BONDA YANG MITHALI 6 : DOKTOR SAHKAN BAYIKU USTAZ

Alhamdulillah semalam aku, ditemani acu Nina dan Zulaikha pegi klinik untuk buat Check up yang ke 4. Walaupun Zulaikha demam semalam aku heret jugak pegi klinik untuk temankan aku, cian dia, menangis2 sebab tunggu turn aku semalam lama la pulak.

Masa scan aku bawak dia naek baring sekali kat atas katil tu, sebab dia tak nak stay dengan acu, alahai. Aku nak cepat2 setel check up tu semalam, tapi memang happy sangat bila dotor scan2 n nampak punaikat dalam screen tu...alahamdulillah sangat. Makbul jugak doa aku selama ni. yang paling best, bakal ustaz ni sihat dan sempurna sifatnya.

Aku kena inject jugak semalam untuk cek darah aku ok ke tak...takpe aku ok jer..lagi cepat setel  lagi bagus. Dah selesai sumer aku cecepat masuk keta nak mamamkan Zulaikha, dah tau dia mengantuk n badan tak sedap sangat sebab demam,suhu badan dia pun panas melampau masa aku tuam2 tu.

Mauk je dalam kete kena aircond n mamam, trus lentok dia, lena sepanjang jalan. Acu mintak aku temankan dia pegi SACC Mall kejap sebab dia nak guna voucher buku yang kerajaan bagi. memandangkan Zulaikha pun tak aktif arini, aku stujula nak temankan...takdela hyper sangat dia nanti.Memang pun..sampaije Sacc Zulaikha diam jer..aku tolak pi tolak mai Stroller tu..tengok2 dah lentok balik dia. Betol2 lemah badan dia.

Papepun aku tetap happy sebab impian aku dimakbulkan. Bakal Imam kedua aku n Zulaikha. Cucu lelaki pertama nenda n awok..dan cucu lelaki kedua tok n tokwan. Alhamdulillah, syukur.

Friday, February 21, 2014

BONDA YANG MITHALI 5 : NO 2 SEMAKIN MEMBESAR :)

Pagi Tadi Aku,Suami Dan Zulaikha Pegi Check Up Yang Ke 3 Anak Kedua Kitorang, Alhamdulillah Membesar Dengan Sihat Beliau Kat Dalam Tuh. Lega Betul Aku.

Anak Kedua Aku Ni Agak Aktif Sket Berbanding Zulaikha Masa Dalam Perut Dulu...Maybe Sebab Time Zulaikha Dulu Aku Pun Memang Pemalas Sangat n Asyik Membuto Jer Kat Tempat Keje Kira Terkenan Kat Beliau La Kot. Tapi Bila Dah Keluar Ni Aktif Lain Macam La Pulak...Ngalahkan Budak Lelaki Aku Tengok...Cuma Kemanjaan Anak Perempuan Tu Tetap Ada La...Comey!

Second Pregnancy Ni Aku Macam Rajin Sket...Sket Jela...So Beliau Kat Dalam Perut Pun Rajin La Sket Nak Bergerak..Agaknyalaaaaaa

Bila Dah Scanned Sumer Tadi, Tengok2 Gaya Macam Lelaki Jer Bentuknya..Ntahla...Harap2 Betulla...Aku Memang Saban Hari Doakan Yang Aku Tengah Kandungkan Bayi Lelaki Sekarang Ni. Nama2 Lelaki Pun Aku Dah Shortlist Dah Ni...Huhu

Oh Ya! Saiz Tummy Aku Macam Yang Pertama Dulu Jugak, Kocik Comel Yo...Even Da Masuk 5bulan Dah..n Family Asben Aku Dok Tengok Aku Hari2 Pun Masih Tak Perasan Lagi Yang Aku Tengah Bawak Sumone Sekarang Ni.


Takpe...Yang Penting Aku Hepi n Sentiasa Sehat Hendaknya...Amin





“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

Rumah Edaman Batu Tiga

21hb – 02 - 2014

Wednesday, February 5, 2014

SAHABAT YANG DISAYANGI 8 : PAPA ZAKI DAH KAWEN !!!

24hb Januari 2014 Baru2 Ni Aku Dan Suami Serta Kengkawan Dia Ke Jengka Pahang Untuk Meraikan Perkahwinan Ahmad Zaki Pada Keesokkan Harinya. Perjalanan Kitorang Dimulakan Pada Malam Sebelum Tarikh Nikah Beliau. Cadangan Awalnya Kitorang Nak Gerak Pagi Selepas Subuh (Konon2)..Tapi Menurut Zaki Elok Gerak Awal Sket Sebab Perjalanan Nak Ke Rumah Pengantin Perempuan Tu Jauh Bebenor. Takut Kang Kitorang Tak Sempat Sampai.

Aku Ni Memang Habit Bile Nak Ke Mana2 Aku Memang Payah Nak Tido Sebelum Gerak. Kitorang Planed Gerak Dalam Pukul 3.00 Pagi Sebab Tunggu Apis Askan Setel Tutup Kedai Then Siap2 Datang Umah Kitorang, Kebetulan Malam Tu Azim Nurul n Zai Pun Joined Venture Jugak.

Kitorang Cuma Singgah RnR Sekali Jer Tu Pun Dekat 6.30 Pagi Baru Sampai Homestay Yang Zaki Bagi Tu. Masa Kitorang Sampai Tu Family Zaki Sumer Dah Siap2 Bangun n Solat Subuh Dah..Dorang Dah Siap Brekfes Lagi. Kitorang Sampai Trus Solat Subuh Then Brekfes Skali.

Zaki Nikah Pukul 9.30 Pagi, So Takdela Kitorang Nak Lepak Lama2, Dah Setel Sumer Trus Siap2 Nak Pegi Nikah Zaki Plak, Aku Stilled Segar Lagi, Mata Pun Buntang Lagi,Cuma Masa Zaki Tengah Standby Nak Akad Je Aku Dah Tingtong2 Sket. Kalau Takde Zulaikha, Mau Aku Lolap Jer Kat Umah Pengantin Tu. Aku Ni Kalau Tiun Mengantuk Tu Dah Datang, Kalau Salah Parking, Berdiri Pun Aku Boleh Nyenyak.

Alhamdulillah Sekali Lafaz Jer Zaki Sah Jadi Suami Orang (Kalau Tak Silap Aku La), Kawen Jugak Beliau Yer, Kemaruk Sangat Nak Berbini..Haha. Sebab Dah Selesai Awal, Lauk Kenduri Pun Tak Siap Lagi Kitorang Makan Kuih2 Je Tapi Konyang La Jugak. Tengahari  Sket Baru Kitorang Datang Balik n Makan Nasik Kenduri Ala Jengka Pahang, Tak Missed Masak Lomak Ikan Patin Dorang Tu, Aku Tengok Jer, Bukan Selera Aku.

Agak Petang Sketla Asenyer Kitorang, Kengkawan Sebelah Pengantin Lelaki Dah Gerak2 Balik Dah, Aku Takde Pun Gambar Masa Zaki Tengah Sanding Sebab Aku Terlolap Time Dorang Pegi Jumpa Dia, Aku Temankan Zulaikha Bobok Kat Umah Jiran Pengantin Pompuan. Mujur Gambar Lepas Zaki Akad Tu Ada. Buktila Jugak Aku Datang Majlis Tu....Haha..

O Ha, Nama Isteri Zaki Tu Amy Nadiah Binti Azman J

Bertambah Lagi Sorang “Adik” Aku... Alhamdulillah






“ Tak Yah La Nak Stress Sangat “

Home Sweet Home

25hb Januari 2014


Thursday, January 16, 2014

BONDA YANG MITHALI 4 : NO 2 SUDAH :)

Pagi Semalam Aku,Suami n Anak Kesayangan Aku, Farah Zulaikha Pegi Klinik Untuk Buat Check Up Kali Kedua Anak Kedua Kami....Alhamdulillah Semuanya Sihat Walafiat. Sudah Menginjak Usia 3 Bulan Dah. Aku Dijangka Melahirkan Baby Kedua Ni 17hb 07 2014. Pertengahan Ramadhan Tahun Ni. Syukur Alhamdulillah.

Walaupun Aku Jangkakan Aku Akan Melahirkan Anak Kedua Bulan 8 Yakni Selepas Raya, Tapi Takpelah, Dah Ada Pun Dalam Tummy Ni, Dan Semakin Membesar Sudah, Aku Doakan Baby Kedua Ni Sama Aje Sehatnya Macam Anak Pertama Aku Dulu. Tak Sabar Aku Nak Pegang Baby Lagi. Rinduuuuu.

Dalam Tempoh Aku Mengandungkan Baby Kedua Ni Alhamdulillah Aku Stilled Takde Muntah2 Loya2 Sama Macam Anak Pertama Dulu. Lega Aku. Cuma Kadang2 Tummy Aku Ni Selalu Je Rasa Ngilu Tak Selesa, Mungkin Sebab Yang Kedua, Jadi Tummy Aku Dah Tak Sekuat Yang Pertama Dulu.Lagipun Jarak Anak Pertama Dengan Yang Kedua Ni Tak Jauh Sangat.

Awal Kandungan Dulu Aku Ada Turun Darah Sikit, Memang Sikit, Tapi Cuak Jugak, Sebab Aku Selalu Dengar n Baca Pasal Kes Keguguran Ni, Mana La Tau Kan Kot2 Aku Salah Makan Ke Ape Ke, Jejaskan Keadaan Baby...Mujur Ade Tenet, Google Trus...Alhamdulillah Simptom2 Keguguran Takde Kat Aku...Mungkin Keadaan Faraj Aku Masih Lemah Kot Selepas Kelahiran Anak Pertama Dulu...Lagipun Zulaikha Baru Genap Setahun Masa Aku Mengandungkan Baby Kedua Ni...

Selama Aku Disahkan Hamil Ni Zulaikha Makin Sensitif n Manja Sangat, Mungkin Naluri Dia Tau Aku Dah Ada Orang Baru, Cemburu La Tu. Takpe Aku Layankan Aje...Lagipun Zulaikha Ni Banyak Kaletah...Sayang Betol Aku Kat Dia..Cerdik, Fast Learner, “Radio Buruk” Pun Kuat..Hyeeeeeee Boleh Hilang Sabar Kadang2...

Ape Pun Aku Selalu Doakan Semoga Aku Dapat Anak Lelaki Yang Kedua Ni, Harapnya La..Amin...Semoga Makbul...Tapi Kalau Dikurniakan Anak Perempuan Lagi Pun Aku Tetap Sayang...Boleh Jadi Besfren Zulaikha, Cuma Aku Nak Rasa Jaga Anak Lelaki Pulak...Dan Bagi Kawan Kat Suami Aku...Buat Teman Dia Pegi Mesjid...Hehehehe Konon2

Baby Kedua Ni Belum Ada Sesape Lagi Tau, Aku Dan Suami Je. Memang Sengaja Kami Rahsiakan, Bajet2 Suprise..hehehehe...Semoga Semuanya Selamat Dan Sentiasa Dalam Lindungan Allah S.W.T. Amin.




“Tak Yah La Nak Stress Sangat”

15hb Jan 2014

Rumah Edaman – Shah Alam