Sunday, November 30, 2014

BONDA YANG MITHALI 20 : JIBRIL DAH MENIARAP

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah Semalam 29hb November 2014 Muhammad Jibril Dah Meniarap Secara Rasminya...Hoyeeeee...Dalam Usia Beliau Mencecah 4 Bulan 12 Hari. 

Akhirnya Penantian Bunda Tertunai Jua..Hehehehe Ermm Kalau Nak Ikutkan Usia 4 Bulan Dah Meniarap Agak Cepat Jugak Tau Bagi Seorang Bayi Yang Bambam Macam Jibril Ni....


Hebat Anak2 Bunda J












Tak Yah La Nak Stress Sangat

29hb November 2014


Rumah Edaman Batu Tiga

Tuesday, November 25, 2014

ISTERI YANG DI KASIHI 5 : SELAMAT ULANGTAHUN KE-3

Assalamualaikum.....

Semalam Baru Sahaja Usai Satu Majlis Yang Diadakan Sempena Meraikan Ulangtahun Perkahwinan Buya n Bunda Ke – 3 Tahun. Semua Kawan Rapat Buya Datang, Ayah Apis, Abah Ayol, Abi Pullah, Papa Zaki, Ayah Azim, Uncle Amirul, Auntie Zai, Ibu Mai, Ummi Maryam, Ummi Amy, n Ummi Nurul Dan Jugak Uncle Fizan.

Majlis Tu Biasa2 Saja, Sekadar Berkongsi Kebahagiaan Bersama Kawan2 Rapat Buya, Kawan Bunda Jugak. Untuk Meraikan Kegembiraan Tersebut, Buya Memilih Cafe Sahabat Buya, Cafe Lavinda Milik Uncle Fizan Di Senawang Negeri Sembilan Sebagai Lokasi Majlis. Agak Jauh, Tapi Berbaloi La..Makanan Sedap Dan Banyak...Walaupun Agak Mahal Sikit...Takpelah..Rezeki Untuk Mereka Dan Kita Jugak.

Semua Makan Banyak Malam Tu, Buya Tempah Set Chicken Chop + Nasi Jagung, Anak2 Bunda n Buya Cuma Zulaikha Jelah Yang Makan, Itupun Sikit Je Sebab Sebok Nak Berkawan Dengan Anak Ibu Mai dan Jugak Anak Auntie Zai. Bagusla...YB Bunda Ni Memang Mesra Alam, Tak Susah Nak Dapat Kawan..Hehehehe.

Terima Kasih Sangat2 Bunda Ucapkan Buat Buya Kerana Bersusah Payah Menjaga Bunda Dan Anak2...Walaupun Rezeki Yang Kita Dapat Sehari2 Adalah Rezeki Bersama, Tetapi Allah Hadirkan Melalui Buya Untuk Disampaikan Kepada Kami 3 Beranak Ni...

Buya Seorang Suami Yang Baik, Penyayang, Dan Romantik, Pandai Cari Duit, Dan Jugak Rajin Berusaha..Paling Bes Tentang Buya..Buya Sangat Suka Membaca, Bangga Bunda J Semoga Anak2 Bunda Semua Ikut Habit Buya Yang Satu Ni...Bijak Dunia Dan Akhirat..Insyallah.


Tq Suamiku...Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-3, Bunda Doakan Perkahwinan Kita Berkekalan Hingga Ke Syurga Bersama Dengan Anak2...

Kamu Satu Dihatiku..












“ Srikandi CintaMu ”

15hb November 2014


Lavinda Cafe, Senawang

Monday, November 24, 2014

BONDA YANG MITHALI 19 : SELAMAT BERPINDAH RUMAH

Assalamualaikum.........

Kurang 3 Bulan Saja Lagi Tanah Yang Kini Didiami Buya,Bunda, Zulaikha n Jibril Termasuklah Rumah Nenda Dan Awok Bakal Dijual Kepada Pemaju. Semua Kata Sepakat Dari Adik Beradik Nenda Sudah Pun Dipersetujui Untuk Menjual Tanah Onyang Ni. So Dengan Rasminya Kita Pun Bakal Diusir Dari Tanah Ni Nanti....

Apa Yang Ingin Bunda Kongsikan Bersama Kalian, Sejujurnya Bunda Teruja Sebab Bunda Akan Ada Rumah Sendiri, Walaupun Rumah Kita Sekarang Ni Memang Rumah Kita, Tapi Sebetulnya Ini Rumah Awok Yang Dibina Untuk Tujuan Penyewaan Dan Sebagai Sumber Pendapatan Sampingan Beliau.

Apabila Buya Berkahwin Dengan Bunda, Dan Tinggal Di Sini, Sedikit Sebanyak Kita Telah Menyekat Sumber Pendapatan Sampingan Awok, Tak Seronok La Macam Tu Kan...a.k.a Secara Tak Langsung Bergantung Hidup Dengan Belas Ihsan Orang Tua Sendiri. Cukuplah 3 Tahun Menumpang Di Rumah Awok, Kini, Buya Sudah Mampu Memiliki Rumah Sendiri. Insyaallah Semoga Allah S.W.T Permudahkan Jalan Dan Urusan..Amin.

Zulaikha Merupakan Cucu Pertama Awok Dan Nenda, Boleh Dikatakan Zulaikha Merupakan Cucu Kesayangan Mereka. Mungkin Nanti Bila Tinggal Berjauhan Awok n Nenda Akan Jarang Bertemu Dengan Zulaikha...Mungkin....Bunda Dikhabarkan Awok n Nenda Nak Jagakan Zulaikha Sebab Tak Snaggup Nak Berjauhan. Itu Mungkin Berita Baik Bagi Zulaikha, Sape Tak Nak Tinggal Dengan Nenek Kaya Kan..Hehe..Tapi Ia Berita Buruk Buat Bunda L

Mana Mungkin Anak Kesayangan Bunda, Yang Bunda Belai Sedari Usia 1 Saat Sehingga Kini Akan Bunda Serahkan Kepada Orang Lain, Walaupun Awok n Nenda Beliau Sendiri. Bunda Tau, Kalau Zulaikha Boleh Berbicara, Mungkin Zulaikha Pun Suka Dapat Tinggal Kat Rumah Mewah n Nenda Kaya Kan..Tapi Kesianla Kat Bunda..Bunda Akan Bersedih Setiap Hari Merindui Anak Kesayangan Bunda Ni.

Tinggal Bersama Bunda Dan Buya Mungkin Kemewahan Yang Zulaikha Miliki Tidak Sebanyak Tinggal Bersama Nenda n Awok..Tapi Zulaikha Akan Belajar Banyak Perkara Dari Buya n Bunda Yang Tak Mungkin Akan Zulaikha Perolehi Sekiranya Tinggal Bersama Awok n Nenda...Percayalah..Kehidupan Mereka Jauh Ditinggalkan Dan Tidak Berguna Untuk Masa Depan Zulaikha, Tetapi Berama Buya n Bunda, Zulaikha Akan Terokai Dunia Dengan Bijaksana. Malah Zulaikha Mungkin Memiliki Kedua2Nya...Kemewahan Nenda dan Kasih Sayang Bunda.

Buat Anak2 Bunda Yang Lain Bukan Bunda Tak Sayangkan Kamu...Bunda Pasti Sangat Sangat Sayangkan Anak2 Yang Bunda Dakap Sejurus Kamu Keluar Mengisi Perut Dunia. Tak Mungkin Bunda Tidak Sayang. Tapi Semasa Tulisan Ini Ditulis, Hanya Jibril Peneman Bunda, Adik2 Zulaikha Dan Jibril Belum Tau Lagi Di Mana Mereka Akan Datang.Apa Mungkin Ada Lagikah..Atau Tidak. Bunda Doakan Bukan Hanya Dua Orang Anak Bunda Akan Baca Tulisan Bunda Di Sini....Bunda Harapkan Lebih Lagi....Insyaallah...



                             Gambar ni memang tiada kena mengena dengan situasi...haha



Tak Yah La Nak Stress Sangat

12hb Nov 2014

Rumah Edaman Batu Tiga



Thursday, November 13, 2014

BONDA YANG MITHALI 18 : JIBRIL HAMPIR MENIARAP

Bismillah......

Alhamdulillah Syukur...Jibril Bakal Menginjak Usia 4 Bulan Lagi 4 Hari Mendatang, Ape Yang Ingin Bunda Kongsikan...Sejak Semalam Jibril Seakan2 Berusaha Untuk Meniarap..Hehe..Walaupun Dengan Susah Payahnya...

Kalau Nak Dibandingkan Dengan Kakak Zulaikha Dulu...Zulaikha Memang Laju...Mungkin Sebab Zulaikha Perempuan...Katanya Bayi Perempuan Menang Rajin Sket Dan Kurang Tidurnya...So Perubahan Pergerakan Tu Lebih Cepat Berbanding Bayi Lelaki Yang Dikatakan Lebih Malas n Banyak Tidor...Mungkin Betol...

Kakak Zulaikha Dulu Penghujung Usia 3bulan Dan Boleh Meniarap Sepenuhnya..Dah Boleh Tonton Televisyen Sambil Meniarap Tanpa Perlu Pantauan Dari Bunda...Berbanding Dengan Jibril..Semacam Susah Payah Sikit Beliau Nak Meniarap...Usahanya Perlahan...Suaranya Je Yang Kuat...Bising Betol...

Bunda Doakan Jibril Cecepat Meniarap Yer..Dah 4 Bulan Ni Tau..Wlaaupun Masih Normal Bagi Bayi..Tapi Tak Cukup Hebat Sebagai Anak Bunda Tau....Setakat Ni Kakak Zulaikha Mengatasi Jibril Dari Semua Segi...So Jibril Kenalah Lebih Proaktif Ya...Hahahaha Chaiyok2....






“ Tak Yah La Nak Stress Sangat ”

13hb November 2014

Rumah Edaman Batu Tiga

BONDA YANG MITHALI 17 : CELEBRATING BELATED BIRTHDAY PARTY ZULAIKHA

Assalamualaikum........


Pada 2hb Nov 2014 Lepas Satu Majlis Ulangtahun Kelahiran Farah Zulaikha Telah Diadakan Dan Majlis Ini Dianjurkan Oleh Nenda Sepenuhnya...Dibantu Oleh Hulubalang2 Nenda Lah...Dari Segi Kos Sumer..Memang Nenda Yang Sponsored 100%...Untung Zulaikha Jadi Cucu Kesayangan Yer...

Sebetulnya Masa Nenda Dok Cite2 Sal Nak Buat Makan2 Sumer..Nenda Memang Ada Cakap Dengan Bunda..Tapi Bunda Tak Tau Pun Yang Makan2 Tu Untuk Ape..Bunda Ingat Sesaje Je Nenda Nak Jemput Adik Beradik Beliau Makan Kat Umah Nenda Ni Ha...Rupenyer Nak Raikan Majlis Ulangtahun Kelahiran Cucu Dia...Uhuk2...

Alhamdulillah...Sumer Sedara Nenda Datang...Toklong, Neklong, Atok Wok, Nenek Wok, Tok Andak, Malong Ayu Ngan Anak2 Dia Sumer Datang Raikan Zulaikha..Comel Anak Bunda Malam Tu..Actly Zulaikha Memang Comel...Yang Tak Bape Nak Comel..Perangai Beliau Jer...

Terima Kasih Nenda, Awok, Pakngah, Pakndak, N Acu...Sudi Sempurnakan Majlis Ulangtahun Kelahiran Farah Zulaikha Ke 2 Tahun...Alahai..Baru Dua Tahun Dah Ada Birthday Party Yer...Bunda Lepas Kahwin Baru Ada Tau..Itupun..Buya Yang Raikan...Untungla......

Bunda Dengan Buya Menunggu Zulaikha Boleh Lancar Bercakap Nanti Baru Bunda Ngan Buya Raikan Majlis Harijadi Zulaikha...Begitu Juga Anak2 Bunda Yang Lain...Supaya..Bila Majlis Tu Berlangsung..Anak2 Bunda Boleh Ucapkan “TERIMA KASIH BUNDA, TERIMA KASIH BUYA” Sebelum Kek Dipotong....Hehehehehe











" Tak Yah La Nak Stress Sangat "

02hb November 2014

Rumah Edaman Batu Tiga