Wednesday, December 2, 2015

BONDA YANG MITHALI 27 : ZULAIKHA NI KAN !!!

Assalamualaikum.....

Dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2015, 1436 hijrah, Farah Zulaikha hampir genap 3 tahun 2 bulan, manakala Muhammad Jibril pulak menginjak 1 tahun 5 bulan sudah. Dengan umur yang semakin meningkat maka perangai pun bermacam ragamla dibuatnya.

Sementelah umur kakak Zulaikha dah 3 tahun ni,  Bunda dah bercadang untuk mula serius dalam pendidikan. Sebelum2 ni Bunda buat sistem pembelajaran secara tidak langsung iaitu dengan menggunakan apps store dalam henpon. Sebab dalam tempoh bawah 3 tahun sebelum ni kakak macam excited sket dengan gajet.

Skang ni kakak macam dah tak bape gemar nak pegang henpon, lagipun dah banyak apps yang Bunda delete. Tinggal yang bosan2 je..sebab henpon lama dah hancooosss sebab kakak asyik main je...bila dah bli yang baru ni Bunda kurangkan games sket. Lagipun kakak dah belajar banyak benda. Cukupla tu.

Kakak jenis cepat belajar, so xsusah nak ajar beliau. Yang susahnya nak buat dia duduk diam seminit dua...itu yang mencabar tu....haha. Dah pulak skang ni kakak dah petah bercakap...hurmmm rasa2??? menjawab jela kejenya...tu belom masuk suka tipu2 bunda lagi tu...

Dan satu lagi kakak sangat kuat makan mulut dia keje menguyah je..makan..makan...makan...keje dia sari ke sari makan, tido, tengok upin ipin,belajar kejap,tukar baju,makan,makan,makan....baju ni tak yah kira sehari bape kali dia tukar, berhelai2.







"Tak Yah La Nak Stress Sangat"

Batu Tiga, Shah Alam

1hb Dis 2015